Senin, 12 Juni 2017

Malaysia lawan Lebanon, Ghaddar sanggup tarik diri wakili negara

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohammed Ghaddar tidak akan mewakili pasukan kebangsaannya, Lebanon dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Harimau Malaya, esok.

Ketua Jurulatih Lebanon, Miodrag Radulovic berkata, keputusan itu dibuat sendiri oleh Ghaddar yang merupakan pemain import di negara ini dan tiada apa yang dapat dilakukan pihaknya.

“Jika ada pemain yang tidak mahu untuk bermain buat pasukan kebangsaan, itu kehendak dia sendiri dan keputusan itu dibuatnya sendiri oleh Ghaddar.

“Apa yang penting buat kami ketika ini adalah untuk memberi fokus kepada perlawanan esok dan mencari pemain yang sedia menggantikan tempatnya,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Thistle di sini hari ini. Yang turut hadir, Kapten Lebanon, Hassan Maatouk.

Tambah Radulovic, pihaknya mengharapkan keputusan baik dalam perlawanan esok dan yakin anak buahnya mampu mengulangi prestasi cemerlang yang ditunjukkan mereka dalam perlawanan pertama sebelum ini.

“Saya mengikuti rapat perkembangan bola sepak negara ini, saya juga tahu Malaysia mempunyai struktur pengurusan baharu dan semangat yang baharu.

“Selaku pesaing esok, saya hormati Malaysia namun saya tetap positif bahawa anak buah saya akan dapat memberikan keputusan yang baik buat Lebanon,” katanya.

Sumber: UTUSAN ONLINE

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rT2WUx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait