EMPAT beranak maut selepas motosikal ditunggang dilanggar kereta dari belakang menyebabkan motosikal itu melanggar belakang lori yang rosak dan mereka tercampak di tepi jalan di Kampung Baru berhampiran Simpang Kampung Daar, dekat Tambunan, malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, bapa dan tiga anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian.
Isterinya yang parah dibawa ke Hospital Tambunan untuk rawatan lanjut dan semua identiti mangsa belum dikenal pasti.
Difahamkan, lima beranak itu berhenti di belakang lori sebelum dilanggar kereta itu dan pemandunya terus menghilangkan diri selepas kejadian.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Ahmad Jawila ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Siasatan masih diteruskan dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbogBz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia