Minggu, 18 Juni 2017

AS Tembak Jatuh Jet Tempur Syria



DAMSYIK: Tentera Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh sebuah pesawat tempur Syria selepas tentera rejim didakwa menyerang askar Kurdish, sekali gus meningkatkan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Pusat Perintah AS berkata, pesawat tentera Syria, SU-22 menggugurkan bom berdekatan kawasan Tentera Demokratik Syria (SDF), yang menyokong pakatan tentera AS memerangi militan Daesh di Raqqa.

"Berdasarkan undang-undang pertempuran dan mempertahankan diri oleh tentera pakatan, pesawat itu ditembak jatuh oleh sebuah jet milik AS, F/A-118E Super Hornet.

"Misi tentera pakatan adalah menumbangkan militan Daesh di Iraq dan Syria. Tentera pakatan tidak mahu bertempur dengan rejim Syria, Rusia dan sekuru mereka tetapi tidak teragak-agak mempertahankan diri jika diancam.

"Kehadiran tentera pakatan di Syria bagi membuktikan ancaman bahaya militan Daesh di Syria yang mengancam dunia," jelas pusat itu menerusi satu kenyataan.

Serangan itu merupakan yang ketiga melibatkan tentera AS ke atas kerajaan Syria sejak April selepas Presiden AS, Donald Trump mengarahkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera udara rejim yang terlibat dalam serangan senjata kimia.

Tentera AS turut menyerang askar prokerajaan pada bulan lalu selepas pangkalan latihan SDF dibom. - Independent.uk/mStar



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tikJ5Y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait