Jumat, 09 Juni 2017

Bapa Kongsi Kisah Sedih Anak Meninggal Dunia Kerana Kecuaian Pihak Hospital

Anak adalah permata hati ibu bapa dan pengikat kasih sayang suami isteri yang dianugerahkan kepada setiap pasangan untuk memenuhi kebahagiaan setiap keluarga dalam kehidupan.

Beberapa hari lalu, seorang bapa telah berkongsi kisah sedih yang berlaku dalam keluarganya apabila anak kesayangannya akhirnya meninggal dunia yang dipercayai berpunca daripada kecuaian doktor yang merawat di sebuah hospital.

Anaknya menghidap demam panas yang semakin kuat sehingga meningkat ke 39 celcius pada 24 April lalu dan anak comelnya itu baru sahaja berusia 11 bulan.

Sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap anaknya, beliau telah membawa anaknya itu ke Hospital Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan serta bantuan berkaitan dengan masalah anaknya. Pihak hospital ada mengatakan bahawa anaknya itu hanya demam biasa dan diberikan rawatan normal.

Kenyataannya setelah 4 jam mereka memberikan anaknya memakan ubat, beliau mendapati bibir anaknya bertukar warna menjadi keunguan serta anggota badannya dikatakan bertukar kepada warna gelap seperti hitam.

Ekoran kejadian itu, Desmond memaklumkan kepada doktor tentang itu, namun mereka berkata ianya adalah perkara normal dan itu juga merupakan salah satu simptom demam katanya. Kemudiannya doktor memberikan ubat dengan dos yang lebih kuat sekitar jam 5.30 petang itu iaitu selepas 7 jam dos pertama diberikan.

Menurut Desmond, beliau ingin memindahkan anaknya itu ke hospital lain, namun masa telah suntuk dan lewat. Mereka hanya boleh melakukannya pada keesokan pagi, katanya.

Pada 25 April,jam 1 pagi, suhu anak Desmond terus meningkat naik dengan mendadak ke 40 Celsius. Seorang jururawat memberikan anaknya ubat namun dikatakan enggan memanggil doktor walaupun telah didesak beberapa kali. Desmond turut dimaklumkan sekiranya beliau berkeras ingin berjumpa doktor, cas sebanyak RM150 akan dikenakan terhadapnya.


Keadaan anaknya didapati semakin teruk setelah suhu anaknya telah mencecah 41.4 Celsius dan najis anaknya juga didapati berubah menjadi cecair dan bukan lagi pepejal seperti biasa. Doktor kemudiannya menasihati keluarga Desmond mengambil air sejuk dan juga span untuk disapu ke badan sebagai cara supaya dapat menyejukkan badan anaknya itu.

Menurut Desmond lagi, doktor turut mengarahkan menurunkan lagi suhu penghawa dingin agar badan anaknya itu terdedah kepada udara yang sejuk. Doktor juga turut memberi jaminan bahawa suhu badan anaknya pasti akan turun selepas itu.

Menurut Desmond, dia berulangkali menyuruh jururawat memanggil doktor, namun jururawat seolah tidak mahu berbuat demikian. Pada jam 6, beliau amat terkejut kerana anaknya mula memuntahkan cecair yang berwarna hitam yang kemerah-merahan dan dia percaya cecair itu adalah darah.

Pada masa itulah, doktor datang untuk memeriksa anaknya dan kemudiannya anaknya dimasukkan ke wad ICU. Doktor memaklumkan kepadanya bahawa hospital ini tidak cukup kakitangan dan kemudahan untuk merawat anaknya. Doktor juga meminta maaf dan menyuruh Desmond menghantar anaknya ke hospital yang lain.


Kisah anak Desmond akhirnya berakhir dengan kesedihan apabila dia kehilangan anak kesayangannya yang dipanggil Joel itu selepas 11 hari menerima rawatan di hospital kerajaan.

Desmond berkongsi kisah ini agar apa yang beliau lalui tidak dilalui oleh orang lain kerana dia telah kehilangan anaknya akibat kecuaian orang lain.

Sumber: Desmond Neo II



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4dP6n

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait