Minggu, 18 Juni 2017

Benjamin Mora ‘Turun Pangkat’, Kembali Latih JDTII

KUALA LUMPUR – Jurulatih Johor Darul Ta’azim (JDT), Benjamin Mora yang memulakan tugas sejak Januari lepas, akan kembali melatih skuad Johor Darul Ta’zim II (JDT II) ketika baki saingan Liga Malaysia akan bersambung bulan depan.

Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkembangan terbaru itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut beliau, Mora akan kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II kerana jurulatih berusia 51 tahun itu hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama.

“Pemain muda yang dapat kita lihat pada masa ini seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh,” katanya.

Dalam pada itu, Edwards berkata pihaknya akan mengumumkan nama ketua jurulatih baharu JDT dalam masa terdekat ini.

“Pada masa ini, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini,” katanya.

Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu membawa masuk dua muka baharu iaitu Mohammed Ghaddar dari Lubnan dan pemain yang berasal dari Sepanyol, Ignacio Insa Bohigues bagi menghadapi baki saingan Liga Super.

Insa merupakan tonggak penting Lavente (Liga Sepanyol) ketika pasukannya berjaya dipromosi ke saingan La Liga pada musim 2017/2018. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tiByh1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait