Senin, 12 Juni 2017

Facebook Dilaporkan Bakal Menawarkan Ciri Langganan Berita Berbayar

Facebook pada hari ini sedia menjadi salah satu platform yang memudahkan para penerbit untuk mengedarkan berita mereka – apatah lagi dilengkapi dengan integrasi Instant Articles untuk memudahkan berita atau sesuatu artikel dibaca sesiapa sahaja dengan pantas.

Walaubagaimanapun, menjadi masalah utama dikalangan para penerbit adalah dimana mereka sukar menjana wang melalui platform Facebook tersebut sendiri – terutamanya untuk laman-laman berbentuk langganan berbayar.

Facebook Instant Articles

Untuk mengatasinya, kini menurut WSJ, Facebook dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah fungsi khusus – membolehkan para pengguna untuk membuat langganan kepada sesuatu penerbitan terus melalui aplikasi mudah-alih laman sosial berkenaan.

Sekiranya perkara ini benar, maka secara tidak langsung Facebook akan lebih membantu para penerbit kandungan, sekaligus meningkatkan angka langganan oleh sesuatu penerbit berita.

Facebook dikatakan mungkin menawarkan sekitar 10 artikel atau berita secara percuma, sebelum meminta pengguna membuat langganan berbayar – salah satu konsep yang digunakan beberapa penerbit terkemuka seperti New York Times, dan sebagainya.

Info penuh mengenai ciri baru ini masih tidak diketahui lagi. Facebook dijangka memperkenalkannya sekitar penghujung 2017 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sUUDpA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait