Pasangan yang berkulit gelap pasti agak sukar untuk mempunyai anak yang berkulit putih gebu, begitu juga sebaliknya. Memang sukar untuk mendapat anak dengan kulit yang putih gebu,
sekiranya ibubapanya mempunyai genetik berkulit gelap. Tetapi masih ada cara yang telah dilakukan oleh orang-orang tua supaya pasangan suami isteri mendapat bayi yang berkulit putih dan gebu.
Cara-cara itu hendaklah dilakukan semasa bayi masih di dalam kandungan lagi.
Sila cuba beberapa makanan di bawah ini sekiranya anda ingin mempunyai anak yang berkulit puthi bersih dan cerdas sejak dalam kandungan lagi.
1. Sayuran Hijau
Menurut kajian, sayuran yang diambil oleh ibu hamil, telah terbukti dapat melindungi rahim serta plasenta. Tidak kira samada sayur yang di makan mentah, masak sup, tumis atau apa saja.
Serat yang terkandung didalam sayuran hijau mampu menolong proses pencernaan ibu hamil menjadi lebih lancar. Hasilnya air ketuban menjadi bersih serta kulit bayi bebas kusam.
Walaupun kaitan antara pengambilan sayuran hijau dan kesannya pada kulit bayi belum pernah di uji secara mendalam, anda tidak boleh mengambil ringan mengenai pengambilan sayuran hijau setiap hari.
Selain daripada untuk mendapat bayi berkulit putih, pengambilan sayuran hijau adalah bagus untuk keperluan nutrisi ; vitamin dan mineral kepada bayi, contohnya bayam dan sawi.
2. Air Kelapa
Air kelapa mengandungi elektrolit yang bertindak sebagai anti oksidan semulajadi kepada badan kita. Beberapa ahli ginekologi mencadangkan agar ibu hamil mengamalkan minum air kelapa.
Ia dikatakan dapat menjernihkan air ketuban. selain itu ia juga membersihkan rahim. Air kelapa telah di kategorikan minuman yang sihat untuk ibu hamil selain daripada mencegah dehidrasi.
3. Kacang Hijau
Amalan minum air rebusan kacang hijau atau pengambilan bubur kacang hijau juga merupakan langkah yang baik dalam usaham mendapatkan kulit bayi yang putih bersih.
Meminum air rebusan atau konsumsi bubur kacang hijau juga adalah langkah pas yang dapat dikerjakan supaya kulit bayi putih bersih.
Kacang hijau kaya dengan protein sayuran dan asid folik, kedua-dua nutrisi ini mampu menjernihkan air ketuban serta memutihkan kulih bayi. selain itu, ia juga dipercayai dapat meningkatkan kecerdasan bayi sejak dari dalam kandungan.
4. Air Putih
Air putih atau air kosong juga berguna dalam sistem pembersihan serta penjernihan air k3tub4n bagi ibu hamil.
Ibu hamil digalakkan untuk mengambil air kosong sebanyak 8 gelas setiap hari dalam usahanya untuk mendapatkan kulit bayi yang putih bersih.
Semakin banyak minum air, semakin bagus kesannya. Oleh itu, jangan lupa sediakan sebotol besar air kosong sekiranya anda sedang melakukan aktiviti fizikal.
5. Jauhi Lemak Daging serta Kulit
Anda tentu pernah melihat orang tua yang mempunyai tanda hitam diwajahnya. Orang-orang tua mengatakan bahawa tanda lahir itu muncul kerana semasa mengandungkan dia,
ibunya sangat gemar memakanm lemak daging dan kulit.
Lemak daging serta kulit ini memiliki kandungan lemak tepu serta kolesterol. Lemak tepu atau kolesterol akan mendap di bahagian tubuh janin serta ia akan menjadi tanda lahir yang mencacatkan penampilan bayi tersebut.
Oleh itu, jom jauhi lemak haiwan dan kulit haiwan, supaya kulit bayi dalam kandungan menjadi putih, bersih dan gebu.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r2ozP7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia