Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
First, terima kasih menyiarkan cerita saya. Dan terima kasih kepada yang sudi membaca.
Izinkan saya berkongsi cerita mengenai bagaimana saya mula kenal erti hidup di usia lewat 20-an.
Saya baru kenal erti hidup yang sebenar-benarnya beberapa tahun lepas. Ketika saya jatuh. Ketika saya dipertemukan dengan titik paling rendah dalam hidup saya. Ketika itu saya baru melepaskan jawatan di salah sebuah syarikat berprofil tinggi kerana putus asa dengan kerja. Saya kecewa dengan diri sendiri dan kecewa dengan hidup. Saya hanya mampu menengadah siling dan berfikir alangkah bagusnya kalau saya tidur dan tidak bangun kembali. Tak, saya tak depresi (mungkin sedikit), tapi saya betul-betul hilang motivasi dan cuma nak lari.
Iman saya benar-benar rapuh pada masa itu. Sebelum saya berhenti kerja tersebut, saya bukanlah seorang yang sangat beragama, boleh dikatakan pada masa tersebut, saya berada pada zaman jahiliah saya. Kadang-kadang yang wajib tergelincir, quran jarang dibuka, dan selalu berburuk sangka dan perilaku. Apa yang saya fikirkan hanyalah dunia, dunia dan dunia. Gaji banyak, tapi fikiran saya tak tenang. Walaupun saya selalu cuba berfikiran positif. Akhirnya, saya gagal juga.
Dan setelah berhenti kerja, saya ambil masa yang agak lama untuk pulih semula. Saya masih kecewa, perasaannya sama seperti putus cinta. Tapi titik perubahannya bermula apabila satu hari saya duduk seorang diri di dalam masjid, dan tergerak hati untuk membuka surah at-taubah. Bermula ayat pertama saya baca, tanpa saya dapat kawal, bercucuran air mata mengalir entah tak tahu kenapa. Sampailah ke penghujung surah, saya masih mengalirkan air mata walaupun saya cuma mengaji, tidak tahu apa terjemahannya. Allahuakbar, ketika itu saya rasa adakah ini petunjuk yang Allah nak bagi kepada saya, betapa selama ini saya alpa kepadaNya.
Sejak hari itu, saya mula perbetulkan perilaku saya. Saya mula cuba menjaga yang wajib, mendekatkan diri dengan quran, belajar mendalami agama serba sedikit, dan cuba mensyukuri segala apa yang terjadi.
Banyak lagi saya perlu belajar, kadang-kadang tergelincir juga, cuma saya boleh katakan saya yang sekarang lebih baik dari saya yang dahulu. Kehidupan saya sekarang lebih indah dari kehidupan saya yang dahulu, walaupun hidup dalam perbezaan kewangan yang nyata berbanding ketika zaman saya bekerja di syarikat besar dulu. Tapi rezeki yang Allah bagi mencukupi. Dulu mungkin gaji saya lebih tinggi dari sekarang, tapi sekarang mungkin saya lebih mensyukuri berbanding dulu. Dulu mungkin saya terlampau bercita-cita, tapi sekarang, saya hidup apa adanya. Dan yang paling penting, saya lebih bahagia sekarang, sebab saya rasa saya lebih dekat denganNya berbanding dulu.
Apa yang saya cuba perbaiki sejak hari itu adalah untuk lebih bersyukur kerana rezeki itu ada di mana-mana. Dan untuk lebih memberi, kerana rezeki itu adalah untuk dikongsi. Dan untuk lebih menjaga agama, kerana itu adalah makanan hati. Bila hati dah rasa dekat denganNya, secara automatik, segala-galanya akan lebih tenang (tips untuk sentiasa berfikiran positif).
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan kemanisan hidup sekarang, walaupun agak terlewat, tetapi tidak timbul soal cepat atau lambat kerana hidayah Allah selalu ada untuk kita terus memperbaiki diri kita.
Saya doakan kalian yang baca ini akan bertemu kemanisan hidup yang sebenar-benarnya, dan semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat sana. Sama-samalah kita belajar memperbaiki diri, inshaAllah.
Semoga memberi manfaat. Terima kasih.
K
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t1ZQLB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia