PENGKALAN HULU: Tindakan seorang lelaki cuba menyeludup 70 kilogram pelbagai mercun dan bunga api membawa padah apabila ditahan di pos sempadan Bukit Berapit di sini, malam tadi.
Kegiatan lelaki itu terbongkar berikutan tindakannya memecut laju kereta dipandunya ketika melalui sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tindakan suspek berusia 30-an pada jam 11 malam itu menyebabkan anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perak yang dimaklumkan perlakuan pemandu terbabit membuat persediaan menahannya di pos Sekatan Jalan Raya (SJR) di Kilometer 4.5, Pengkalan Hulu-Betong.
Komander AKSEM Perak, Asisten Superintendan Kasturi Othman berkata, beliau bersama 4 anggotanya yang dihubungi pihak JPJ segera menutup laluan di SJR itu untuk menahan suspek.
"Beberapa minit kemudian suspek yang memandu kereta PROTON Saga tiba dan cuba merempuh sekatan tetapi gagal.
"Pemeriksaan pada mulanya hanya menemui sedikit mercun di tempat duduk belakang kereta," katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tempat penyimpanan barang belakang keretanya hampir dipenuhi mercun dan bunga api.
"Suspek mengaku membeli bahan itu seberat 70 kilogram di Betong dengan harga RM1,500 untuk dipasarkan di negeri ini pada harga RM5,000.
"Suspek mengaku perbuatannya yang menyeludup itu kali kedua tetapi gagal dikesan sebelum ini kerana menggunakan taktik masuk semula ke negara ini ketika hampir waktu pintu sempadan di situ hendak ditutup bagi mengelakkan ditahan.
"Semua bahan seludup itu kini diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja di sini untuk tindakan lanjut," katanya. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruBXvQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia