Jumat, 09 Juni 2017

Lelaki Misteri Lelaki Selalu Hadir Beri Makan Kucing. Apa Yg Dilakukan Buat Ramai MENANGIS !!!

Loading...

Gambar Hiasan

Tengah malam. Bunyi motor yang sama. Jam lebih kurang. Kalau tak 11.45 malam, mesti pukul 12 malam lebih-lebih. Selalu bila aku jenguk keluar, motosikal tu dah lepas dari penglihatan.

Tak sempat nak nengok empunya wajah.Nak kata Cinderella, bentuk badan macam jantan. Ya la, muncul tiap tengah malam. Risau jugalah, takut-takut mat gam mana datang melilau check line. Nak masuk rumah ke apa ke. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi merosot, menteri suka berjenaka ni, penjenayah suka menjadi penonton jendela dan pintu-pintu rumah kita.

Malam tu, aku curi-curi berada di tepi tingkap. Timing baik punya. Dia datang. Aku dah siap-siap dengan fon.

Dia datang. Tak matikan enjin motosikalnya. Dengan berseluar pendek lepas lutut. Jalan lengang tak ada kenderaan masa tu. Dia turun dari motor. Pergi ke seberang jalan. Panggil-panggil sesuatu tengok dari gaya tangannya macam ajak orang datang.

Budak ni panggil apa malam-malam ni? Haish. Lepas itu, dia kembali ke motor. Keluarkan sesuatu dari plastik. Curahkan di lantai di bahu jalan. Tanpa menanti, dia beredar dari situ.

Tak lama kemudian, dalam tiga minit, datang seekor kucing. Hidu-hidu. Makan.

Oh. Baru aku faham. Rupanya, mamat ni datang malam-malam untuk tinggalkan makanan pada kucing jalanan. Mulianya hati dia. Malu pula aku sendiri. Sebab kawasan tu, kawasan kejiranan rumah aku.

Aku pun malas nak peduli nasib kucing jalanan, tapi Allah Maha Kaya, tidak ada makhluk-Nya yang tidak Dia bela. Hatta ulat dalam batu pun Allah bagi rezeki, boleh makan. Apatah pula kucing jalanan ini.

Konsep Rezeki

Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Bukan setakat orang, tapi haiwan atau tumbuhan. Bila kita agihkan rezeki yang kita dapat, Allah agihkan lagi rezeki yang bakal kita dapat berkali ganda. Subhanallah.

Konsep Ikhlas & Ikhfa’ Al-Amal (Sembunyi Amalan)

Patutlah bukan orang-orang terkenal di dunia ini yang masuk Syurga. Tapi, Allah sebut orang-orang yang sabar, orang-orang yang ikhlas, orang-orang yang bertaqwa dan banyak lagi contoh orang yang bakal dapat Syurga.

Buat baik yang orang lain tak nampak, yang tersembunyi, itulah amalan yang menghadirkan ikhlas dalam diri.

Kadang-kadang, kita dah bersedekah. Misalnya, masa khutbah Jumaat diedarkan kotak duit bergerak. Kita masukkan duit depan orang ramai bila sampai giliran kita. Kita dah ikhlas. Tapi, nilaian ikhlas orang yang masukkan duit dalam tabung masjid tanpa orang lain melihatnya lebih berkualiti. Mungkin begitu.

Misalnya, kita lihat ada orang susah diviralkan dalam FB, senyap-senyap kita transfer RM10. Lepas tu kita lupakan pernah transfer. Tak beritahu sesiapa, tak bising. Tak ungkit kebaikan diri sendiri. Maka, ikhlas kita berkualiti.

Kita tengok gelandangan di jalanan, mengemis untuk sesuap nasi. Pada malam hari, senyap-senyap pergi selitkan wang dalam poketnya. Dia tak tahu siapa yang beri. Ikhlas kita nilaian super.

Kita tengok mak ayah susah. Walaupun kita masih bersekolah, belajar universiti, kerja pun belum. Senyap-senyap, duit yang kita tabung, kita selitkan di kocek baju mereka atau transfer ATM tanpa tahu siapa yang transfer ke akaun mereka. Masya-Allah, barakah pemberian kepada ahli keluarga sendiri.

Kita tengok kawan kita sedang bersedih hati, diam-diam kita belanja dia makan atau berikan kata-kata semangat dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada cebisan nota di Whatsapp, gambar yang menenangkan hati dan lain-lain. Niatkan itu semua cara kita bersedekah walaupun bukan dengan duit. Itu jua tanda keikhlasan hati.

Dari hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Tujuh pihak yang diberi naungan oleh Allah, dimana pada hari itu tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.”

Dari tujuh pihak tersebut, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa siapa saja yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi – ibarat tangan kiri tak mengetahui apa yang dilakukan tangan kanan – maka ia termasuk salah satu di dalamnya.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud:

“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”Surah Al-Baqarah, Ayat 271

Sedekah terang-terang = baik. Sembunyikan = lebih baik. Itu Allah sendiri beritahu.

Ya Allah, moga kami menjadi hamba-hamba yang terpilih masuk Syurga dengan amalan ikhlas yang tersembunyi. Meski amalan itu sekecil menyelamatkan seekor semut dari lemas dalam gelas air yang hampir diminum.

Kepada pemuda yang buat amal secara tersembunyi beri makanan kucing ni, Allah nampak keikhlasan kamu itu. Kamu rasa tak ada siapa nampak kelakuan kamu. Tapi, maafkan daku, terpaksa tulis untuk berikan kesedaran pada diri sendiri dan kawan-kawan.

Moga jadi asbab dan hidayah pada kami semua. Lelaki baik di Malaysia masih wujud.

Sumber : Takzirah.Net

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdEsBz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait