Jumat, 09 Juni 2017

Menurut Kajian Jepun Perempuan 3 Kali Lebih Berisiko Untuk Sakit Jantung Apabila Tinggal Dengan Mertua.


Tinggal bersama mertua selepas berkahwin. Bagi sesetengah masyarakat, ia adalah normal, terutamanya bagi pasangan yang belum mempunyai rumah sendiri atau belum mampu menyewa rumah sendiri.

Ada sesetengahnya boleh hidup dengan aman dan bertoleransi dengan ibu bapa mertua mereka, namun ada juga yang sebaliknya dan mengundang tekanan antara anak menantu dan ibu bapa mertua.
Golongan perempuan dulunya dikatakan kurang berisiko untuk mendapat serangan jantung.


Namun, menurut satu kajian di Jepun, perempuan yang tinggal serumah bersama suami dan kedua ibubapa mertuanya akan berisiko dua kali ganda untuk mendapat serangan jantung.

Namun, sekiranya anaknya juga ada tinggal bersama maka risiko serangan jantung meningkat menjadi 3 kali ganda.


Bagaimanapun, kaum lelaki tidak terkesan langsung dengan tekanan tinggal bersama ibu bapa ini.Nampaknya kaum lelaki lebih imun dengan stress di dalam rumah.

Kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health, merupakan kajian pertama menunjukkan kehidupan tradisional tinggal bersama ibu bapa mertua sebenarnya tidak sihat untuk kaum wanita.

Kajian ini telah dijalankan selama 10 tahun, dimana 91,000 wanita dan lelaki yang tinggal di penempatan yang berbeza telah diperhatikan. Subjek berusia antara 40 tahun hingga 69 tahun.


Di hujung kajian, sebanyak 671 subjek telah disahkan menghidapi penyakit jantung koronari, 339 telah meninggal kerana masalah jantung, manakala 6255 telah meninggal atas sebab-sebab lain.

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUaR21

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait