Datuk Seri Nazri Aziz hairan kenapa tiada menteri dari Sarawak yang membantah cadangan memperkenalkan cukai pelancongan.
Menteri pelancongan dan kebudayaan menjelaskan isu itu yang dipertikai menteri pelancongan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
“Saya tidak nampak apa perlu mereka begitu tidak senang dengan cukai ini? Kita membuat keputusan ini beberapa bulan lalu di Parlimen dan kabinet.
“Terdapat tujuh atau lapan menteri Sarawak yang tidak bercakap apa-apa,” kata Nazri kepada Malay Mail Online.
Jelasnya, Sarawak tidak banyak terjejas dengan cukai itu tetapi sebaliknya mendapat banyak manfaat daripada langkah tersebut.
Beliau tidak selesa dengan sikap Abdul Karim yang membantah di media tetapi tidak merujuk kepada pihaknya terlebih dahulu.
Sementara itu, Abdul Karim berkata beliau “tidak kecil hati” dengan kenyataan Nazri yang menyifatkan beliau “setahun jagung” dan “samseng.”
Tambahnya, menurut Bernama lagi, beliau berharap menteri itu “berhati-hati semasa bercakap” dan “janganlah menyinggung hati sesiapa”.
Nazri juga mengalu-alukan keputusan negeri itu menarik wakilnya daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia hari ini.
Dalam perkembangan sama, menteri pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar Sabah menafikan laporan negeri itu turut menolak cukai pelancongan.
Merujuk The Reporter, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kenyataan itu dibuatnya pada September tahun lalu ketika cukai itu mula-mula disuarakan.
Tambahnya, kerajaan Sabah akan membincangkan pelaksanaan cukai itu pada mesyuarat kabinet minggu depan.
Sumber: Malay Mail
Sumber Nazri Aziz hairan, kenapa dulu Menteri Sarawak tak bantah cukai?
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rnSkJL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia