SUNGAI LONG - Seorang wanita melalui detik menakutkan apabila dimaki hamun oleh seorang lelaki iaitu pemandu Uber selepas wanita ini melanggan perkhidmatan Uber. Shalveena Muniandy berkongsi pengalamannya di laman sosial dan turut berharap pihak terbabit dapat mengambil tindakan dengan segera terhadap pemandu tersebut.
Oleh: Shalveena Muniandy
Pemandu Uber Biadap
Semuanya bermula kira-kira jam 2.25 petang, saya dan sepupu ingin pergi kampus yang jauhnya lebih kurang 3 kilometer dan saya cuba melanggan Uber kerana mudah untuk pergi ke destinasi itu.
Perkhidmatan Uber itu adalah percuma kerana saya menggunakan kod promosi Uber Jimat. Melalui aplikasi berkenaan menunjukkan pemandu yang bernama Zeilani Bin Maat dan nombor pendaftaran kereta BNW 5534 yang berada berdekatan dengan lokasi saya di mana hanya 5 minit sahaja untuk pemandu untuk datang mengambil saya berdekatan dengan pondok pengawal.
Kami mula berjalan menuju ke pondok pengawal dan semasa berjalan kami menerima panggilan dari pemandu Uber terbabit dan dia mengatakan bahawa dia telah berada di kawasan pondok pengawal. Kami memberitahunya bahawa kami akan sampai dalam masa lagi dua minit.
Selepas dua minit, dia menelefon sekali lagi, pada masa itu kami sedang ingin memasuki ke dalam kereta. Setelah memasuki kereta, pemandu berkenaan mula meninggikan suaranya dengan mengatakan bahawa dia telah menunggu lama hampir 10 minit.
Antara kata-kata dia ucapkan kepada kami adalah seperti berikut;
- You ingat I KULI you ke?
- Tak guna punya ke ling
- Dah la kampus dekat, ambil teksi, buat apa request Uber (Tidak masuk akal sama sekali)
- Perangai macam khinzir
Kami merasa sangat terkejut apabila beliau berkata-kata seperti itu.
Sebaik sahaja beliau menggunakan perkataan 'syaitan dan keling', kami juga meninggikan suara dan memberikan pendapat kami. Keadaan menjadi bising kerana kami bertiga sedang bertengkar mempertahankan hak masing-masing. Beliau juga telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya iaitu kata-kata kesat, mencarut, memaki dan mencaci. Sebagai seorang pemandu Uber dia tidak sepatutnya bersifat demikian dan mengucapkan kata-kata seperti itu.
Beliau juga mula memandu secara melulu dan laju apabila kami turut meninggikan suara, malah dia turut mengancam akan menurunkan kami di tengah-tengah jalan raya.
Dalam minit-minit terakhir kami berada dalam kereta itu, kami sempat merekodkan pertelingkahan antara kami dan pemandu Uber berkenaan. Kami juga ada memberitahunya akan memuat naik permasalahan ini ke laman sosial yang menyebabkan beliau menjadi bertambah marah dan menjerit sekuat hati serta menunjukkan jari tengah.
Akhirnya kami sampai ke destinasi dan turun dari kereta, beliau sempat menjerit dan berkata 'berambus'. Selepas kami turun beliau terus memecut laju meninggalkan kami. Kami juga berjaya mengambil gambar keretanya.
Kami tidak pernah menghadapi permasalahan ini sebelum ini dengan orang sepertinya yang tidak beretika, tidak beradab, kurang ajar, biadab dan bersifat perkauman. Pemandu Uber perlu diberikan pengajaran dan tindakan oleh pihak yang berkuasa.
Bagaimana sekiranya perkara seperti ini berlaku di tengah-tengah malam atau ianya berlaku kepada seorang wanita yang tidak berteman? Adakah selamat seorang wanita yang mengambil perkhidmatan Uber yang pemandunya seperti ini? Lelaki seperti pemandu Uber ini akan boleh buat apa sahaja untuk melepaskan kemarahannya.
Kami juga lampirkan maklumat pemandu Uber berkenaan, gambar keretanya dan juga rakaman suara. Saya harap Uber akan mengambil tindakan kepada pemandu ini dengan segera kerana perkara ini adalah satu perkara yang amat serius yang tidak boleh dipandang ringan. - Koleksi Viral
Berikutnya adalah rakaman suara yang direkodkan oleh Shalveena.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdfwKu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia