Senin, 12 Juni 2017

Pokok kurma di Baling berbuah lebat, penduduk anggap ianya satu keajaiban

Sebatang pokok kurma daripada 40 pokok yang ditanam di kawasan tebing Sungai Baling dalam kawasan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tujuh tahun lepas kini berbuah lebat dan sudah berwarna kekuningan yang hampir masak.

Pokok kurma di Baling berbuah lebat, penduduk anggap ianya satu keajaiban

Pokok kurma di Baling berbuah lebat, penduduk anggap ianya satu keajaiban

Ini adalah kali kedua pokok kurma yang ditanam di sini mengeluarkan buah selepas kali pertama sebatang pokok yang terletak berdekatan Masjid Ridzuaniah di sini berbuah pada 1984.

Ketika itu, jawatankuasa masjid berkenaan telah menghadiahkan semayang buah berkenaan yang masak kepada bekas perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Bagaimanapun, pokok kurma itu dilaporkan tumbang selepas mengeluarkan buah beberapa kali.

Kini, pokok kurma yang mengeluarkan buah kali ini turut mendapat perhatian masyarakat di sini termasuk masyarakat Cina yang mana pokok kurma ini ditanam sebaris di hadapan bangunan perniagaan mereka.

Seorang peniaga kedai memperbaiki basikal yang dikenali sebagi Pin Tau, 61, berkata sebelum ini beberapa batang pokok itu yang terletak di hadapan kedainya mengeluarkan mayang yang banyak, namun tidak berbuah dan kering begitu saja.

“Ini saya kira ajaiblah bila pokok ini sudah berbuah dan hampir masak,” katanya.

Bagi Shah Bari Din, 66, pula turut merasa hairan apabila melihat pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang lebat terutama di bulan Ramadan ini.

“Sebelum ini saya hanya melihat buah kurma ini ketika di Makkah saja dan tak sangka di Baling pun boleh berbuah lebat,” katanya. — Bernama

Sumber: Malay Mail

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sV6p3g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait