Seorang jurusolek telah meluahkan rasa kecewanya terhadap seorang pelanggan yang meminta harga ‘tak masuk akal’ untuk mendapatkan khidmatnya.
Jurusolek berkenaan yang membahasakan dirinya sebagai Dayah telah dituduh meletakkan harga ‘cekik darah’ oleh pelanggan tersebut, yang kemudian mahu harga perkhidmatan solek untuk hari pernikahannya dikurangkan kepada RM50.
Dayah yang terkejut dengan permintaan itu bagaimanapun membalasnya dengan sopan. Beliau bersetuju dengan kadar RM50, tetapi menggunakan alat mekap bakal pengantin berkenaan.
“Kalau saya ada mekap sendiri saya tak suruh awak mekapkan saya, setakat calit-calit sampai ratus-ratus harga, merepek betul, macam manalah bangsa Melayu nak majukan sesama bangsa, benda sikit pun nak berkira.
“Mekap sekali je, entah tahan ke tidak sampai majlis habis,” jawab pelanggan berkenaan yang tidak didedahkan identitinya oleh Dayah.
Dayah yang sering menyolek bakal pengantin di sekitar Negeri Sembilan telah berkongsi paparan skrin perbualan antara mereka untuk memberi pengajaran kepada pelanggan lain yang mahu menggunakan khidmat jurusolek.
Katanya, selain kos alat mekap yang tinggi, pelanggan perlu memikirkan tentang tenaga, kemahiran, kos pengangkutan seseorang jurusolek.
Berikut adalah paparan skrin perbualan penuh yang telah dikongsi oleh Dayah:
Posting yang dibuat oleh Dayah telah menjadi tular dan ramai netizen nampaknya marah dengan pelanggan berkenaan yang mahu perkhidmatan yang baik, tetapi tidak mahu membelanjakan sedikit wang.
Nadya Yusof menulis komen: “Hahahaha tak payah layan, nak RM50 beli bedak pun tak lepas tau..mekap guna tepung baru tau!
HoneyZahirah Haniey pula menulis: “Saya mekap nikah sahaja RM180 tahun 2007, apatah lagi zaman sekarang, mestilah up harga setara dengan kos upah dan barang2 mekap, nak murah, mekap sendirilah, memang jimat.”
“RM50 tu, beli lipstick pun tak lepas. ‘Fedup’ aku tengok minah macam ni!! Dia tak rasa lagi jadi MUA ni. Kau ingat mekap sekarang ni 50 sen, 20 sen!! Masalah betul,” tulis Shahrizan Hamzah.
Sumber: Mstar
Sumber “RM50 beli bedak pun tak lepas tau..mekap guna tepung baru tau!” – Jurumekap bengang dilabel cekik darah oleh customer
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sKO5d3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia