Tiada lembaran yang lebih indah daripada ayat suci al-Quran yang diturunkan Allah SWT sebagai pedoman dan penyuluh hidup hamba-Nya untuk kehidupan di dunia dan akhirat.
Lantaran buat kali kedua tahun ini, Usrah Fitrah, menganjurkan program Himpunan Artis Sayang Al-Quran 2.0 (HASA2.0) yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Usrah Fitrah adalah kumpulan usrah gabungan penggiat seni tanah air dan media yang bergerak aktif dalam menganjurkan aktiviti agama serta kebajikan di dalam negara.
Selaku Presiden Usrah Fitrah, pelakon Adam Corrie, bersyukur di atas kejayaan penganjuran program buat kali kedua itu dengan penajaan yang lebih banyak dan berjaya menghimpunkan lebih 400 artis.
“Dengan izin Allah SWT, HASA 2.0 dapat dilaksanakan lebih sempurna tahun ini dengan sambutan yang lebih hebat sampai tidak cukup meja.
“Meskipun pada awalnya menghadapi cabaran untuk mendapatkan penajaan, dengan kerjasama semua pihak program ini dapat diadakan dengan jayanya,” katanya.
Menurut Adam, kelainan HASA 2.0 lebih kepada persembahan artis.
“Persembahan puisi daripada Yatt Hamzah dan Heliza Helmi daripada Usrah Fitrah manakala selebihnya daripada kalangan artis yang membuat persembahan secara sukarela.
“Kami di Usrah Fitrah tak kisah siapa asalkan artis itu boleh baca al-Quran dengan baik, mereka dialu-alukan untuk mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
“Tiada siapa pun yang terlambat untuk belajar al-Quran kerana ia adalah kalam Allah SWT dan menjadi tanggungjawab kita untuk terus berdamping dengan kitab suci itu sehingga akhir hayat kita,” katanya.
Bercakap mengenai sambutan Usrah Fitrah dalam kalangan artis, kata Adam, apabila dia berada di lokasi penggambaran drama atau berjumpa rakan artis, dia mengajak mereka secara santai untuk menyertai Usrah Fitrah.
“Kami bukanlah mencari ahli atau mengumpulkan anggota, tetapi lebih kepada mengajak artis untuk mendalami agama. Namun, untuk melakukan kebaikan pasti ada cabaran.
“Untuk mengajak orang melakukan kebaikan, kita mesti jadikan diri kita teladan kepada mereka,” katanya.
Adam berharap penganjuran HASA untuk tahun depan dapat dilakukan dalam skala yang lebih besar.
Sementara itu Penaung HASA 2.0, Ustaz Zul Ramli M Razali berkata, matlamat untuk mengangkat al-Quran menerusi program itu tercapai.
“Menerusi maklum balas daripada yang hadir, mereka dapat merasai getaran alunan ayat suci yang diperdengarkan dalam Dewan Merdeka itu.
“Walaupun ada kengkangan masa kerana selain sibuk dengan aktiviti seni, ramai juga artis yang berniaga, alhamdulillah mereka tetap dapat memberikan komitmen untuk HASA 2.0.
“Penganjuran HASA adalah acara tahunan terbesar Usrah Fitrah dan berharap akan terus menjadi platform dakwah terbesar untuk artis. Kami tidak mencari atau mengumpul ahli, tetapi kami menyediakan program agama untuk mereka yang mahu mencari ilmu,” katanya.
The post Sampai tak cukup meja appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3yA01
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia