Media sosial bukan sekadar medium untuk berhubung semata-mata tetapi juga digunakan untuk mencari rezeki terutama sebagai ruang pengiklanan.
Semakin ramai pengikut sesebuah akaun di laman sosial, semakin tinggi bayaran yang dikenakan oleh empunya akaun untuk mempromosikan produk atau barangan yang dijual.
Tetapi berbeza dengan Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil yang sehingga kini sudah mengumpulkan pengikut yang tinggi berjumlah 1.1 juta.
Mempunyai jumlah pengikut yang tinggi, Pak Nil membuat sesuatu yang berbeza dengan memberikan ulasan produk secara percuma tanpa sebarang caj tersembunyi kepada pengikutnya.
Tindakan itu menurut Pak Nil bermula selepas dia menghalang sesiapa sahaja yang mengikut Instagramnya berniaga atau mempromosikan barang di akaun miliknya.
“Saya hanya ada satu akaun instagram dan itu sangat peribadi buat saya. Jadi ketika itu tidak seronok jika ada yang mempromosikan barangan mereka di akaun saya.
“Untuk itu, saya wujudkan penggunaan #bazaarpaknil bagi peniaga yang ingin menggunakan nama saya sebagai langkah untuk mempromosikan produk mereka,” jelasnya.
Penggunaan #bazaarpaknil itu berterusan selama beberapa tahun hinggalah tertubuhnya ruangan #bazaarpaknil secara fizikal di Plaza PKNS, Shah Alam, Selangor yang mendapat sambutan hangat orang ramai.
Bermula dari situ, Pak Nil mula berfikir selain peminat, golongan peniaga juga antara salah seorang daripada 1.1 juta pengikutnya di Instagram.
“Apabila saya fikir semula, kalau bukan kerana mereka setia mengikuti Instagram saya walaupun ditegah daripada mempromosikan produk sebelum ini, sudah pasti pengikut saya tidak mencecah angka sejuta.
“Oleh sebab itu saya fikir sudah tiba masanya untuk saya meluangkan sedikit masa terluang memberikan ulasan-ulasan kepada produk mereka secara percuma tanpa sebarang bayaran,” jelasnya.
Fokus pada #bazaarpaknil
Tambah Pak Nil, sejak menyediakan platform itu banyak barang yang dihantar ke rumahnya sehingga ruangan stor di rumahnya penuh dengan produk yang menunggu giliran untuk diulas.
“Saya tidak pernah memberi sebarang syarat untuk barangan yang boleh saya buat ulasan. Asalkan barang itu mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan barangan ciplak pasti saya akan memberikan ulasan.
“Cuma dari segi masa itu kena bersabarlah sebab saya buat ikut kelapangan.
“Mereka yang menghantar juga nampaknya menanti dengan sabar giliran mereka,” katanya.
Namun niat baik Pak Nil memberikan ulasan secara percuma itu nampaknya tidak disenangi sesetengah pihak.
Ada yang menuduh pengacara itu mengganggu periuk nasi orang lain walaupun niatnya hanyalah untuk membantu golongan peniaga.
“Saya dituduh macam-macam sedangkan niat asal saya hanyalah untuk membantu orang lain sahaja.
“Langsung tiada niat untuk mengacau atau mengganggu pihak lain.
“Bagi saya, duit bukanlah segala-galanya.
“Membuat orang gembira itu sudah memberi kepuasan kepada saya,” jelasnya.
Sebelum ini sudah ada pihak yang menggunakan nama artis untuk melariskan lokasi jualan mereka tetapi kecewa kerana ada artis yang hanya hadir pada hari tertentu sahaja.
Pak Nil sendiri mengakui perkara tersebut dan memberitahu itu tidak dilakukan untuk #bazaarpaknil.
Bahkan ramai yang tertarik untuk ke #bazaarpaknil kerana hampir setiap malam, pengacara itu akan meluangkan masanya di sana.
“Sebelum ini ada juga saya dengar mengenai perbuatan pinjam nama artis untuk melariskan sesuatu produk. Tetapi peminat kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan artis.
“Bagaimanapun sesiapa sahaja yang memberikan saya peluang, pasti tidak akan dikecewakan apatah lagi sudah menjadi prinsip saya untuk melakukan sesuatu perkara itu dengan betul,” jelasnya.
Buktinya menurut Pak Nil, #bazaarpaknil mendapat sambutan yang baik. Malah ada peniaga yang tidak mahu keluar selepas tamat kontrak tiga bulan dek komitmen tinggi yang diberikan Pak Nil.
“Jika dulu ada yang tidak berminat untuk menyertai #bazaarpaknil kini sudah mula beratur dan menunggu giliran untuk menyertai peniaga lain,” jelasnya.
Bercerita mengenai Ramadan pula, jelas Pak Nil dia sememangnya memberi fokus penuh pada #bazaarpaknil terutama menjelang Syawal.
Untuk dua minggu terakhir Ramadan, waktu operasi #bazaarpaknil akan berlanjutan sehingga pukul 3 pagi.
“Tidak banyak aktiviti yang saya rancangkan menjelang Syawal kerana sekarang pun sudah padat dengan kehadiran pengunjung.
“Jadi ada baiknya jika saya berikan mereka keselesaan untuk membeli-belah dan saya sendiri akan ada untuk memeriahkan lagi #bazaarpaknil,” jelasnya.
AMITABH Bachchan dikenali sebagai salah seorang bintang ternama Asia. Selain berlakon di Bollywood, dia juga pernah tampil dengan aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio dalam filem The Great Gatsby.
Jiwa seni yang menebal dalam diri lelaki berusia 74 tahun itu nampaknya sukar dihakis biarpun semakin dimamah usia malah tetap bersemangat meneruskan kerjayanya.
“Selama mana pihak yang inginkan khidmat saya dan mahu bekerjasama, saya dengan tangan terbuka dan senang hati menerima tawaran tersebut,” katanya kepada portal Bollywoodlife.com.
Dia patut bangga dengan perjalanan kariernya yang menjadi perhatian dunia dan keberkesanan watak yang dilakonkan.
Bapa mertua kepada aktres Aishwarya Rai itu mengakui, bangga dan berpuas hati dengan semua filem yang pernah dibintanginya.
“Saya suka semua filem yang pernah dilakonkan. Tiada satu pun filem itu yang boleh saya pilih.
“Pada saya, semua filem sangat istimewa dan semuanya bagus-bagus belaka,” katanya.
NAMA Sunny Deol mula menjadi perhatian setelah membintangi filem Betaab pada 1982 dengan Amrita Singh.
Pada ketika itu, ayah Sunny, Dharmendra merupakan orang yang bertanggungjawab membawanya ke dunia Bollywood dan hingga usia 60 tahun pun dia masih aktif sebagai penggiat seni. Kini waktu berputar dan Sunny seolah-olah mengikut jejak langkah si ayah dengan memperkenal anak lelakinya pula, dalam industri filem India.
Karan Doel buat pertama kalinya akan berlakon menerusi filem Pal Pal Dil Ke Paas. Lebih istimewa, filem itu juga diarahkan sendiri oleh Sunny.
“Waktu berputar begitu cepat. Dulu ayah memperkenal saya dengan dunia lakonan dan kini tiba masanya untuk saya gilap bakat anak lelaki saya sebagai pelakon pula.
“Karan ada menyuarakan minatnya dan sebagai ayah sudah tentulah saya berbangga,” ujarnya kepada Bollywoodlife.com.
Untuk filem ini, Sunny akan bekerjasama dengan Zee Studios.
Sebelum ini mereka pernah menghasilkan filem Gadar: Ek Prem Katha yang pernah pecah panggung. Sunny juga pernah mengarah filem-filem seperti Dillagi pada 1999 dan Ghayal Once Again (2016).
AKTRES Sridevi mengakui, sudah tiga bulan tidak berkomunikasi dengan suaminya, Boney Kapoor, seorang penerbit ternama Bollywood. Apakah hubungan mereka sedang retak?
Tunggu dulu! Jangan membuat tuduhan melulu kerana rumah tangga mereka masih lagi utuh.
Antara sebab mengapa mereka tidak bercakap adalah kerana Sridevi mahu menjiwai watak dalam filem baharunya berjudul Mom.
“Selama tiga bulan saya tak bercakap dengan Boney. Hanya sekadar ucapan selamat pagi dan selamat malam.
“Semua itu dilakukan demi menjayakan watak untuk filem baharu saya dan juga saranan pengarah Ravi Udyawar.
“Bagi menghidupkan watak, saya perlu aplikasikan dalam kehidupan harian terlebih dahulu sebelum memulakan penggambaran,” katanya.
Filem Mom merupakan hadiah Boney buat isteri yang sudah 50 tahun berkecimpung dalam dunia perfileman dan telah membintangi lebih daripada 300 buah filem Bollywood.
Wanita berusia 53 tahun itu memulakan karier seni seawal usia empat tahun.
Selain Sridevi, filem Mom turut membariskan pelakon Adnan Siddiqui, Sajal Ali, Nawazuddin Siddiqui dan Akshaye Khanna dan akan ditayangkan di India pada 7 Julai ini.
Sumber: Utusan
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbFMWv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia