Mempunyai anak merupakan anugerah terindah yang mampu menjadi penyeri sekaligus melengkapkan lagi fasa perkahwinan. Dikurniakan anak baik cepat mahupun lambat merupakan suatu rezeki yang perlu disyukuri.
Bagi pasangan yang sedang diuji dengan kesukaran untuk memperolehi anak, jadikan kisah pasangan ini sebagai sumber inspirasi. Meskipun menunggu hampir 46 tahun untuk memperolehi zuriat sendiri, namun impian indah ini akhirnya diperkenankan jua.
Apa yang penting suami isteri haruslah tetap optimis, tidak putus berdoa dan berusaha dengan pelbagai cara.
Rawatan IVF
Nampak mustahil tetapi realiti. Pasangan suami isteri dari India, Daljinder Kaur, 72 dan Mohinder Singh Gill, 80 membuat keputusan untuk mendapatkan anak menerusi rawatan (In Vitro Fertilisation) IVF selepas 46 tahun berkahwin tanpa zuriat .
Rawatan ini dilakukan oleh Dr Anurag Bishnoi, 43, yang bersetuju membantu pasangan ini yang sudah berusaha mendapat anak secara semula jadi tapi gagal.
Walaupun pada awalnya tubuh si isteri Daljinder Kaur lemah, seolah-olah tidak mampu untuk mendapat bayi, namun dia tetap meneruskan hasrat untuk memiliki cahaya mata.
Mengejutkan pada 19 April 2016, pasangan warga emas dengan umur melebihi separuh abad berjaya menimang anak pertama mereka. Armaan, bayi lelaki yang berjaya dilahirkan dengan berat 1.6kg.
Kini, Armaan sudah berusia 1tahun 1 bulan dengan berat 6.8kg. Meski gembira dengan kehadiran anak ini tapi pada usia tua berkenaan, Daljinder berdepan dengan kesukaran untuk menjaga Armaan apatah lagi bayi berkenaan sudah mula merangkak.
Alami Masalah Kesihatan
Daljinder hanya sempat memberi Armaan susu badan selama tiga bulan sahaja kerana masalah kesihatan.Selain itu, Daljinder turut menghidap darah tinggi dan lemah sendi tulang.
Sudah hidup berdua bersama selama 46 tahun, kini selain menjaga Armaan mereka juga harus menjaga kesihatan masing-masing, kerana bimbang tiada orang yang akan menjaga Armaaan sekiranya mereka sakit.
Bagaimanapun pasangan ini tidak sesekali menyesal kerana mendapat anak pada usia yang tua dan merasakan perkahwinan mereka telah sempurna dengan kehadiran Armaan sebagai pelengkap hidup.
Sumber: 1News
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIuY4M
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia