BEIJING: Satu rakaman mengerikan tersebar di laman sosial menunjukkan seorang wanita dilanggar sebuah teksi dan dibiarkan terbaring lebih dua minit tanpa dihiraukan oleh orang ramai.
Lebih 20 pejalan kaki tidak mempedulikan nasib wanita terseb
Wanita itu terbunuh selepas dilanggar buat kali kedua.
Video itu yang dimuatnaik oleh pengguna bernama Yuan Qicong dalam laman sosial Weibo pada 7 Jun lalu dan telah ditonton lebih 26 juta kali.
Rakaman itu pada mulannya menunjukkan wanita terbabit melintasi laluan pejalan kaki sebelum berhenti di tengah jalan ekoran banyak kenderaan enggan berhenti dan memberi laluan.
Namun dia dilanggar secara tiba-tiba oleh sebuah teksi yang tidak memberhentikan kenderaan di laluan pejalan kaki tersebut.
Kira-kira lima orang awam berdiri berdekatan mangsa dan menyaksikan kejadian itu, tetapi tiada seorang pun membantunya.
Selang seminit kemudian, lebih 20 pejalan kaki melintas tanpa menghulurkan sebarang bantuan, begitu juga dengan kenderaan yang lalu-lalang.
Wanita itu cuba mengangkat kepalanya tetapi mengalami kesukaran.
Namun nasibnya bertambah malang apabila sebuah lagi kenderaan menggilisnya dan pemandu kereta itu keluar untuk melihat mangsa.
Menurut polis, mangsa hanya dikenali sebagai Ma dan kejadian itu disahkan berlaku di Zhudamian dekat wilayah Henan pada 21 April lalu.
Dua pemandu yang melanggar mangsa sudah ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal berdepan dakwaan atas kematian wanita itu. – Mail Online
Via: Mstar
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sbalzB
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia