Minggu, 18 Juni 2017

Tidak Bernilai, Wang Di Negara Ini Dijual-Beli Di Pasar

Pasar wang di Somalia (foto: northcountrypublicradio.org)

Semua orang pasti sudah yakin bahawa wang adalah sesuatu yang paling berharga dan paling penting dalam hidup. Namun situasi berbeza berlaku di Somalia, wang dianggap sudah tidak bernilai sehingga boleh dijual-beli di pasar seperti sayur-sayuran sahaja.

Negara yang berada di Afrika Timur itu merupakan negara paling miskin di dunia. Bukan itu sahaja, mata wang Somalia sudah dianggap tidak bernilai sehinggakan ada pasaran khas untuk menjual-beli wang Somalia sama seperti pasar ikan.


(Foto: tyepad.com)

Ini kerana kadar inflasi di Somalia sudah terlalu tinggi sampaikan mata wang mereka, Shiling, menjadi sudah tidak bernilai lagi. Di Somalia wujud pasar di Hargesia yang menjadi lokasi jual beli wang Shiling. Di pasar ini, pengunjung sudah biasa mencari orang menjual wang.

Satu-satunya mata wang yang bernilai di Somalia adalah dolar Amerika. Untuk mendapatkan US$1, anda perlu menukarkannya dengan 7,000 Shiling.

(Foto: travelkamel.com)
Inflasi yang tinggi di Somalia berlaku kerana tidak adanya dasar dari pusat bank untuk mengawal kewangan. Sehingga masyarakat di sana boleh mencetak wang mereka sendiri dengan berleluasa.

Kerana hal itulah, jumlah peredaran wang di Somalia tidak boleh dikawal lagi sehingga akhirnya menyebabkan mata wang Shiling jadi tidak bernilai.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDzyPQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait