Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia perkembangan baik selain pendaftaran atas talian yang tidak kurang jumlahnya.
"Kita dapat laporan daripada jawatankuasa pengurusan yang dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid.
"UMNO mencatat pertambahan sebanyak 29,845 ahli sehingga Mei dan di atas talian dari 20 April sehingga 31 Mei lepas adalah 15,201 permohonan."Kebelakangan ini mereka yang mendaftar ahli UMNO secara peribadi di pejabat UMNO seramai 300 orang pada setiap hari, ini perkembangan," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, Datuk Seri Najib memberitahu, Barisan Nasional (BN) akan membantu dalam isu pemilihan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut.
"PRK Pujut, mana kita bantu, kita akan tentukan calon dalam sedikit masa lagi untuk menentukan calon BN yang sesuai," ujarnya.
PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.
Pada pilihan raya negeri ke-11 Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).
Datuk Seri Najib kemudiannya berbuka puasa bersama komponen BN dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari rumah anak yatim sekitar Sabak Bernam dan ibu negara di Dewan Merdeka sebelum menunaikan solat Tarawih di Dewan Tun Razak, PTWC.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTMth2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Sudut Malaysia