Sabtu, 25 November 2017

Gelar menteri 'korup', MP DAP bertelagah dengan Pandikar


Sidang Dewan Rakyat pada sebelah petang 'hangat' apabila berlaku pertelagahan di antara Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai dan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung kenyataan wakil rakyat DAP itu menggelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai 'korup'.

Kenyataan 'korup' itu mengundang kritikan daripada beberapa ahli Parlimen BN bahawa ucapan Tan tersasar daripada perbahasan Bajet 2018.

Pandikar kemudian menegur Tan dan menggesa agar wakil rakyat DAP itu menarik balik perkataan yang bersifat menyentuh seseorang ahli Parlimen lain.

Bagaimanapun, Tan tetap dengan pendiriannya sambil mendakwa gelaran 'korup' itu dilontar berkait dengan persepsi orang ramai terhadap menteri itu.

Setelah ditegur berkali-kali oleh Pandikar, akhirnya Tan menarik balik perkataan 'korup' dan menukar kepada 'tidak ada integriti'. - MK



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait