Isu harga barang naik didakwa sudah pun berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi sehinggakan hadis sahih riwayat Abu Daud daripada Anas bin Malik yang menjelaskan perkara tersebut.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, berdasarkan hadis sahih itu menunjukkan bahawa tindakan untuk tidak mencampuri hak pasaran bebas dalam negara seperti yang dilakukan oleh perdana menteri adalah menyamai apa yang dituntut oleh Rasulullah S.A.W.
“Walaubagaimana pun, atas sikap prihatin dan keadilan yang dituntut dalam Islam, presiden bersetuju agar barang-barang keperluan asas seperti gula, tepung, minyak masak dan gas memasak tidak akan dinaikkan harga.
“Ini adalah kerana presiden merasakan, untuk memberikan kesejahteraan ke ada rakyat, kita mampu untuk memberkan subsidi melalui barang-barang keperluan asas,” katanya dalam ucapan penggulungann, sebentar tadi. - SH
Appear first on Sudut Malaysia