Kamis, 07 Desember 2017

Artis ADIBAH NOOR pula BERSUARA...

Setiap kali artis bersuara mereka akan diserang habis-habisan dan dicerca kononnya bukan bidang, cari publisiti murahan.

Apakah wujud undang-undang tertentu yang mewajibkan golongan selebriti bercakap tentang ruang lingkup seni dan hiburan semata-mata?

Mungkin inilah yang bermain dalam pemikiran pelakon dan penyanyi Adibah Noor selepas melihat beberapa selebriti diserang hanya kerana menyatakan pendapat berkenaan isu semasa dan politik.

Malah serangan yang dilontarkan kepada mereka kebanyakannya bernada sama pula, kata Adibah lagi.

"Bila artis bersuara, mulalah depa guna template yang sama untuk hentam artis itu cukup-cukup.

"Artis itu akan dilabel propembangkang, 'bukan bidang kau maka jaungan nak pandai-pandai', dah sendu maka nak cari publisiti murahan," katanya di Twitter sebentar tadi.

Segala serangan itu, kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu lagi, seolah-olah menggambarkan mereka tiada hak langsung untuk bersuara.


Pada 5 Disember lalu, penyanyi terkenal Sheila Majid meluahkan pandangannya tentang keadaan ekonomi negara seperti nilai ringgit yang lemah serta harga barang yang mahal, yang menyebabkan rakyat merasa marah.




Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait