Minggu, 10 Desember 2017

Jamal disoal siasat lewat malam kerana cabar polis tangkap Zaid

 
Jamal disoal siasat lewat malam kerana cabar polis tangkap Zaid



Tindakan melakukan protes terhadap ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim dan mencabar pihak polis semalam, lewat malam tadi Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dipanggil polis untuk disoalsiasat.

Beliau hadir ke Ibupejabat Polis Dang Wangi  jam 12 malam tadi untuk memberikan keterangan terhadap kenyataan provokasinya terhadap polis untuk segera menyoal siasat Zaid kerana didakwa menghina Sultan Selangor.

“Saya berharap keterangan tersebut, pihak polis lakukan sesuatu, mungkin tindakan yang saya lakukan siang tadi (semalam) dan report saya sebelum ini kini sedang dijalankan.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya buat dan berani menanggung risiko.

“Saya harap dengan Zaid pihak polis perlu jalankan siasatan dan ambil tindakan terhadapnya,” ujarnya kepada media selepas memberikan keterangan.

Semalam Jamal yang juga Pengerusi NGO 1Malaysia mengadakan demontrasi di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersama perwakilan Umno Selangor telah membawa plakad beserta gambar yang menyerupai Zaid dan empat batang penukul bersama tiga lagi perwakilan telah bertindak menghentam beberapa kali plakad tersebut untuk mengambarkan protes terhadap Zaid.

Sebelum ini beliau membantah tindakan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong pesta arak di negeri itu, menyebabkan beliau ditahan reman tetapi ujarnya, tindakan sama tidak dilakukan oleh pihak polis terhadap Zaid.

Justeru kata Jamal lagi, kehadirannya yang sedia disoal siasat polis dengan harapan besar agar polis segera mengambil tindakan terhadap Zaid sebelum beliau mengotakan janjinya untuk mengadakan demontrasi di hadapan rumah bekas menteri undang-undang itu.

“Ini amaran saya pada rakan NGO dan rakyat negeri Selangor selepas habis Perhimpunan Agung Umno ini jika tiada tindakan polis saya akan datang ke rumah Zaid untuk mengotakan apa yang saya katakan sebelum ini,” ujarnya.



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait