JOHOR BHARU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin terus diasak supaya tidak menggunakan pelbagai alasan dan ‘ugutan’ bagi mengelak kemelut berkaitan skandal hartanah negeri itu terbongkar.
Menurutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Wong Shi Qi, Suruhanjaya Siasatan di-Raja (RCI) perlu segera ditubuhkan bagi menyiasat skandal terbabit.
“Sebagai seorang Menteri Besar dan ahli politik, Khaled sepatutnya mengambil peluang beliau perlu menjelaskan mengenai isu (skandal tanah) tersebut.
“SPRM juga perlu memberi penjelasan dan laksanakan penyiasatan terhadap MB,” kata Suki,” katanya ketika dihubungi Roketkini.
Khalid dalam ucapan penggulungannya hari ini dilihat cuba ‘mengugut’ Adun itu kononnya ‘telah ‘melanggar undang-undang’ dan ‘mencemarkan wibawa dewan’ ‘membocorkan rahsia rasmi kerajaan untuk melakukan fitnah’.
Mengulas perkara itu beliau berkata Khaled tidak sepatutnya menyorok di belakang Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebaliknya perlu berterus-terang sahaja.
Kontroversi skandal hartanah itu tercetus apabila Shu Qi pada minggu lalu membangkitkan persoalan melibatkan sejumlah suapan RM12 juta membabitkan pertukaran status tanah lot Bumiputera berdasarkan dokumen saksi SPRM yang bocor di laman web.
Ia rentetan dari kes penangkapan Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Latif Bandi dan serorang perunding hartanah pada Mac lalu atas tuduhan melibatkan suapan berjumlah RM30.3 juta
Sementara itu, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin ketika dihubungi berkata, Khaled telah gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan sebaliknya cuba menggunakan helah untuk dengan pelbagai alasan yang tidak relevan.
“MB tak jawab soalan – tak meyakinkan. Kalau dia (Khaled) berani, tak perlu tokok tambah perkara yang tak relevan.
“Dia tidak boleh jawab semua persoalan dengan hanya satu penafian saja. Dia cakap tak pernah ambil (rasuah) tapi yang dibongkarkan banyak termasuk segala maklumat terperinci,” katanya lagi.
Sementara itu, puluhan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor hari ini berkumpul di perkarangan terminal bas Kota Iskandar.
Protes itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa turut menyiasat Menteri Besar ekoran skandal pertukaran status hartanah Bumiputera yang berlaku.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar ketika bercakap media berkata, Khaled perlu tampil menjawab segala dakwaan rasuah melibatkan namanya.
“Sebab itu hari ini kita mendesak beliau tampil dan sebutkan (jelaskan) mengenai skandal yang dibocorkan dalam sebuah laman wab berkaitan RM12 juta.
“Nama beliau dikaitkan dan beliau kena jawab kerana ia berkaitan dengan kepentingan rakyat negeri ini. Kalau tak menjawab, maknanya beliau telah khianat terhadap isu melibatkan tanah di negeri ini,” katanya lagi. – Roketkini.com
Appear first on Sudut Malaysia