Sabtu, 09 Desember 2017

Sampai Bila Azmin Membatukan Diri Disaat Sultannya Teruk Dihina?





pru14.tv – Bagi orang Melayu, antara perkara yang paling menjadi pantang buat kaum ini adalah maruah kaum dan Sultannya dihina sewenang-wenangnya. Malah, Penderhakaan kepada Kebawah Duli Tuanku merupakan satu kesalahan yang cukup serius di mana jika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, kesalahan ini boleh dihukum mati jika di dapati bersalah.

Zaman berubah dengan cepatnya dan hari ini, orang-orang Melayu terutamanya yang menyebelahi Pakatan Harapan sudah tidak kisah lagi jika maruah kaum Melayu dan maruah Sultannya diinjak sesuka hati oleh rakan pemimpin mereka. Tiada langsung sebarang reaksi di kalangan para penyokong pembangkang apatah lagi mereka yang dilantik oleh istana sebagai Menteri Besar.

Inilah yang berlaku di negeri Selangor hari ini. Kisah terbaru di mana Datuk Zaid Ibrahim yang umum ketahui sebagai ahli Melayu DAP bertindak berani dengan menyanggah titah Paduka Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj setelah tidak bersetuju dengan titah Kebawah Duli Tuanku yang menempelak Tun Dr Mahathir yang Baginda sifatkan sebagai manusia yang cukup merbahaya kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Akibat penderhakaan berkenaan, Baginda Sultan telah bertitah, sekiranya Zaid Ibrahim enggan patuh dan ingkar kepada titah Baginda, dia boleh keluar dari Selangor dan pulang ketempat asalnya iaitu di negeri Kelantan. Menariknya, kemurkaan Baginda ini seolah-olah langsung tidak dipedulikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Mungkin Azmin terlupa bahawa pangkat dan kedudukannya kini adalah atas perkenan Kebawah Duli Tuanku yang pada ketika itu begitu hebat diasak oleh pakatan pembangkang yang mahukan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail di lantik sebagai Menteri Besar Selangor setelah berlakunya Langkah Kajang yang menyaksikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan oleh PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Azmin membiarkan Sultan Selangor berhadapan dengan kerenah biadab pemimpin Pakatan Harapan terutamanya dari DAP. Sebelum ini, Azmin seolah-olah tidak mempunyai apa-apa halangan untuk membenarkan pesta arak Oktober Fest berlangsung di Selangor sehinggalah campur tangan istana akhirnya merelaikan kemelut berkenaan.

Sebaik sahaja campur tangan ini berlaku, berduyun-duyun pemimpin DAP menyelar larangan yang dikeluarkan oleh Istana Darul Ehsan sehinggakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara sinis mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia bukannya negara Talibanisasi sehingga penganjuran pesta arak berkenaan tidak boleh diadakan.

Sebelum konflik Oktober Fest, kesabaran kebawah duli Tuanku sekali lagi diuji dengan tindakan biadab Ahli Parlimen Subang Jaya, R Sivarasa yang secara terang-terangan ingkar terhadap perintah Sultan Selangor yang tidak mahu institusi masjid dan surau di seluruh Selangor di jadikan medan untuk menyebarkan dakyah politik.

Setelah hampir seminggu perkara ini berlaku barulah Sivarasa tampil memohon maaf secara terbuka kepada Kebawah Duli Tuanku. Menariknya, dalam kes ini, Azmin memilih untuk mendiamkan diri tanpa sedikitpun mahu membela Sultannya.

Itu belum lagi menyebut tentang konflik kalimah Allah, konflik dengan Jabatan Agama Islam Selangor dan banyak lagi. Kesemuanya Azmin memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan Sultan Selangor dihentam oleh rakan pembangkangnya. Persoalannya, adakah Azmin dan kerajaan negeri sudah hilang hormat terhadap Padukan Sultan Sharifuddin Idris Shah Al Haj sehingga mereka sewenang-wenangnya melanggar titah Paduka Tuanku?

Andai inilah contoh yang diberi oleh Azmin dan barisan pemimpin pembangkang hari ini yang baru menguasai 3 buah negeri, tidak mustahil, satu hari nanti, impian DAP untuk melihat Malaysia menolak sepenuhnya sistem Raja Berperlembagaan bakal tercapai. Maruah Paduka Sultan pun sesuka hati mereka mahu injak, apatah lagi maruah kaum Melayu, kaum yang memilik tanah Semenanjung ini, bakal terkubur sebaik mereka menguasai kerajaan kelak.



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait