Minggu, 21 Januari 2018

KITA TINGGALKAN PARTI PAS, TAPI JANGAN TINGGALKAN AHLI PAS


Oleh : Jamzuri Ardani

KITA TINGGALKAN PARTI PAS, TAPI JANGAN TINGGALKAN AHLI PAS.

Malam tadi selepas program Bicara Khas di studio OrenTV aku menemani YB Hj Mahfuz makan roti Pakistan di Restoran Pak Punjab di Jalan Ipoh. 

Lepas tu aku hantar dia balik rumah anak dia di Bdr Bukit Mahkota. Banyak perkara yang kami bualkan di sepanjang perjalanan.  Beliau masih menjadi mentor politik yang baik untuk aku sejak aku berkecimpung sbg aktivis politik sejak dari zaman pemuda lagi.

Diantara banyak perkara yang kami bualkan itu, ada satu pesanan beliau yang amat menyentuh perasaanku. Dia kata, “Kita ni cuma tinggalkan PARTI Pas, tapi kita jangan tinggalkan ahli-ahli Pas.  Mereka adalah kawan-kawan kita yang selama ni membantu dan mendoakan kita. Paling tidak pun kita jangan tinggalkan mereka dalam DOA kita.  Kita terus berdoa untuk kebaikan buat mereka”.

Allahurabbi ... bagai nak runtuh jantung aku mendengar pesanan beliau.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait