Selasa, 23 Januari 2018

Pemegang Watak Utama 'Tinky Winky' Teletubbies Meninggal Dunia


PELAKON yang memainkan watak Tinky Winky dalam siri televisyen kanak-kanak popular Teletubbies meninggal dunia.

Simon Shelton Barnes, 52, dari Ampthill, Bedfordshire di England, telah dilatih sebagai penari balet dan koreografer sebelum mengambil peranan dalam program televisyen yang diterbitkan oleh BBC.

Menerusi siri Teletubbies, Barnes yang merupakan bapa kepada tiga anak memegang watak yang cukup dikenali sering membawa beg tangan.

Barnes pada mulanya keberatan untuk mengambil peranan tersebut sehingga membuatkan dia menerima emel daripada peminat dewasa dan kanak-kanak sehingga merasakan dirinya seperti salah seorang anggota kumpulan The Beatles.

Mengenai wataknya dalam Teletubbies, Barnes sebelum ini pernah berkata: "Saya memulakan kerjaya saya sebagai penari baley dan baru saja menjadi koreografer. Saya fikir ia merupakan langkah yang berisiko tetapi ia sebenarnya berbaloi."

Selain Tinky Winky, watak lain dalam siri Teletubbies adalah Po, Dipsy dan Laa Laa. - Mail Online #sumber




Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait