BERNAMA
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan terdapat sedikit kelewatan untuk pengeluaran bil air bagi bulan Januari.
Dalam satu kenyataan hari ini, Syabas berkata mulai Januari tahun ini, pelanggan akan menerima bil air melalui perkhidmatan pos atau e-mel berdasarkan pilihan pelanggan dalam usaha syarikat itu
untuk memberikan perkhidmatan pengebilan yang lebih efektif dan efisen.
Syabas turut menjelaskan tiada perubahan bagi kaedah pembayaran bil air melalui saluran kaunter perkhidmatan cawangan Syabas, ejen kutipan yang sah seperti Pos Malaysia, MOL, e-Pay, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pelanggan boleh berhubung dengan Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300 untuk sebarang bantuan dan maklumat lanjut.
Appear first on Sudut Malaysia
Home
Artis
Malaysia
Malaysia Today
News
Perniagaan
Sukan
Unik
Syabas lewat keluar bil air bulan Januari
Rabu, 10 Januari 2018
Syabas lewat keluar bil air bulan Januari
Diterbitkan 04.57