Rabu, 22 Agustus 2018

(Ah, Tepukkkk) Khazanah akan jual pegangan dalam 2 firma hartanah kepada Temasek


Khazanah Nasional sedang berunding untuk menjual pegangannya sebanyak 60% dalam sebuah syarikat usaha sama dengan syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings, menurut laporan Malaysian Reserve.

Syarikat tersebut, M+S Pte Ltd, yang 60% pegangannya dikuasai Khazanah, sementara bakinya oleh Temasek terlibat dalam 2 projek pembangunan bersama di Singapura bernilai kira-kira S$11 bilion (RM33 bilion).

Laporan itu memetik sumber berkata, rundingan itu juga mungkin merangkumi penjualan 50% pegangan dalam sebuah lagi firma usaha sama, Pulau Indah Ventures, yang telibat dalam projek di Iskandar Malaysia, di Johor.

Berikutan pelantikan anggota lembaga pengarah Khazanah yang baru, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir membayangkan beberapa langkah konsolidasi beberapa firma milik kerajaan.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait