Rabu, 22 Agustus 2018

Melayu PH lebih bimbang apa orang kafir fikirkan berbanding daulatkan syiar Islam


  1. SEDAR atau tidak, dalam takbir raya kita telah berikrar untuk menyucikan Allah biarpun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:
وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), biarpun dibenci oleh orang kafir.”
  1. Namun dalam era ini, umat Islam diuji dengan pemikiran liberalisme serta pluralisme yang menuntut Islam difahami dengan pengertian yang lebih luas dan bebas, sesuai bagi penggunaan agama dan bangsa lain. Buktinya dalam kalangan Muslim sendiri yang terlalu mengalah sehingga ke tahap melibatkan perkara dasar dalam Islam.
  2. Terkadang, kita lebih bimbang dengan apa yang orang kafir akan katakan sedangkan kita setiap tahun berikrar akan mendaulatkan Islam meskipun dibenci mereka.
  3. Kita sedaya upaya memberikan penafsiran baru dalam beberapa konsep Islam demi menjaga hati golongan minoriti dan kafir ini. Bahkan, kita cairkan pula pemaknaan kafir dengan mengatakan “mereka belum Islam dan bukannya kafir.”
  4. Mudah-mudahan takbir raya mengingatkan ikrar kita menyuci dan mengesakan kalimah Allah walaupun dibenci oleh orang kafir.
Salam lebaran,
Dr Ahmad Sanusi Azmi 
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait