Hakim M.M Edwin Paramjothy membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun memaklumkan pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan dan tidak berhasrat meneruskan pendakwaan terhadap mereka yang merupakan Orang Kena Saman (OKS).
Mengikut pertuduhan, Paulsen, 45, didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berhubung dakwaan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat, di dalam Twitter miliknya.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Bukit Aman, di sini pada 10 Jan 2015.
Arutchelvan, 51, pula didakwa menerbitkan satu penerbitan yang menghasut di laman sosial Facebook berhubung kenyataan akhbar beliau terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat II Anwar di Pejabat Bahagian Siasatan Perundangan D5, Ibu Pejabat Kontinjen di sini pada 12 tengah hari, 12 Feb 2015.
Pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.....
Appear first on Sudut Malaysia