PH Tunjuk baik mula-mula dilantik Menteri, Jadi Imam di Surau KPT |
KENYATAAN MEDIA
AKADEMI SAINS ISLAM MALAYSIA
Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) amat kesal dan kecewa dengan kenyataan YB Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik melantik beberapa ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan yang tidak layak diangkat menganggotai majlis penting ini.
Apakah rasional YB Menteri Pendidikan melantik seorang tokoh usahan barang hiasan yang jahil tentang pendidikan, seorang suri rumah anglofilus yang berlagak sebagai pendidik tetapi penentang tegar dasar pendidikan kebangsaan, pak jeneral yang menolong YB Menteri dalam strategi PRU14 yang hanya tahu berperang sahaja, seorang pengusaha sekolah swasta berbahasa Inggeris dan seorang prof ekonomi anglofilus yang menggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan?
Perlantikan mereka yang tiada kepakaran dalam pendidikan malah yang menentang dasar dan falsafah pendidikan negara dengan hala tuju pendidikan negara pasti akan mengundang kecaman hebat para pendidik yang mendokong dasar dan falsafah pendidikan negara terhadap kewarasan YB Menteri.
Apakah sumbangan yang YB Menteri inginkan daripada tokoh barang hiasan Pewter berketurunan Tionghua ialah bagi memudahkan penerimaan sijil UEC jika ia datang dari MPPN ini?
Apakah sumbangan yang YB Menteri inginkan daripada seorang suri rumah yang bahasa ibundanya bahasa Inggeris dan seorang penentang tegar dasar pendidikan negara terutama dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan kecuali YB Menteri ingin menggunakan MPPN ini untuk meneruskan peninggerisan sistem pendidikan negara dengan mengembalikan PPSMI dan meneruskan DLP, 2 program yang tidak berkesan dan ditentang oleh rakyat dan sekolah aliran Inggeris.
Apakah YB Menteri lupa tentang dekonstrai jalanan rasaksa rakyat menentang PPSMI itu sehingga kerajaan BN tunduk kepada kehendak rakyat dengan memansuhkan PPSMI.
Apakah yang YB Menteri inginkan daripada seorang pengusaha pendidikan swasta berbahasa Inggeris yang lebih memenntingkan keuntungan daripada pendidikan yang terbaik?
Perlantikan seorang tentera berpangkat brigadier jeneral jelas adalah kroni YB Menteri kerana ia adalah habuan baginya yang membantu YB Menteri menggariskan strtategy untuk menang PRU14. Janji PH tidak mengamalkan kroniesme jelas dilanggar oleh YB Menteri Pendidikan tak sampai 100 hari kerajaan PH sebanyak 2 kali termasuk perlantikan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang juga ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM, sebuah pertubuhan yang juga dikait rapat dengan YB Menteri.
Apakah yang diinginkan oleh YB Menteri daripada seorang Prof Ekonomi yang berbahasa Inggeris kecuali YB Menteri ingin mengInggeriskan pengajaran dan pembelajaran semua Universiti Awam dalam semua bidang, bukan hanya dalam bidang sains dan teknologi sahaja.
Saya menyeru YB Menteri untuk segera menarik balik perlantikan mereka yang tak layak menggangotai MPPN seperti yang saya sebutkan di atas untuk mengelakkan orang ramai terutama pejuang bahasa dan para pendidik keliru tentang niat sebenar YB Menteri mengenai hala tuju pendidikan negara.
Sekian Terima kasih.
Prof. Dato’ Ir. Dr. Wan Ramli Wan Daud
Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Presiden Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI)
Appear first on Sudut Malaysia