Mungkin terlalu ghairah lepas pangkah PH
Saya ingin tambah nilai touch n go saya di petron tetapi kakak kaunter tu kata tak payah dik kerajaan baru Malaysia dah hapuskan tol. Arghh akak ni mengarutlah kata aku tetapi dia tetap dengan jawapan dia kata tol semua dah tutup. Dalam hati aku kata kakak ni dah masuk air.. takpelah kak tolong isikan minyak saya rm50 kak pam no 9 lantas aku memberikan wang padanya.
Aku pun ke kereta ku isi minyak pam mcm biasa, pada saat meter baru RM30 pam berhenti maknanya minyak aku dah penuh. Aikk hairan bisik hatiku, datanglah abg yg jaga pam minyak padaku yg melihat aku kehairanan mengatakan dik minyak dah turun harga RM1.50 satu liter. Pergi ambik baki adik di kaunter tu kakak kaunter tu gelak je tengok aku..
Aku pun beredar dan inginkn kepastian betul ke tol dah hapus?? Aku menghala ke tol sungai besi alangkah terkejutnya aku betul dah takde tol dikenakan yg tinggal hanya kaunter tol tetapi palang sudah dibuka.
Aku masih tak percaya lagi aku teruskan perjalanan sambil tu aku dah tau dimana kamera AES alangkah terkejutnya aku kamera AES itu pun sudah tiada lg sudah dicabut barangkali kataku dlm hati. Aku teruskan perjalanan dan aku keluar di EXIT Senawang memang sah tol sudah dihapuskan. Baguslah perkara baik kataku inilah MALAYSIA Baru.
Aku ternampak Giant Supermarket lantas aku singgah teringat barang dapur dah banyak habis. Aku pun ronda bawak troli penuh troli aku, sampai kat cashier, juruwang tu ckp semua sekali RM50 encik. Ehh? Betul ke ni? Betul cik jawab beliau sbb GST dah takde cik harga barang menjunam turun sehingga 70%.. Owh ye ke? Aku pun bayar je lah..
Perut pun dah lapar aku pun singgah makan kat kedai ambik lauk ikan sayur tempe dengan air tembikai laici.. aku suruh adik tu kira dia kata semua sekali 3.50. Alamak betul ke ni? Betul cik skrg harga barang mentah dah turun sama mcm harga PM ke 4 sbb PM ke 7 ni org yg sama timbalannya shj isteri timbalan lama abg. Owh RINDUNYAAKUPADAZAMANTUNM.. aku telah kembali ke zaman dia.
Tiba2 masuk mesej aku baca hutang PTPTN anda sudah dihapuskan aku membaca dengan penuh senyuman.. Tak sia2 aku pergi melalak kat Dataran Merdeka dulu.
Tak lama selepas itu, aku rasa macam nak terkencing. Tiba2 aku terjaga. Rupa2nya semua itu hanyalah mimpi. Dan aku pun terhidu bau hancing...
Aku tertidur banyak sangat makan daging korban
KAH KAH KAH! Tepokkk..
Copy Suud Ridzuan
Appear first on Sudut Malaysia