Sabtu, 15 September 2018

Di mana kamu ketika anak kecil ini berjuang? Sanggup kamu tuduh nepotism


Seorang sahabat berkata kpd saya rasa tak puas hatinya kehadiran keluarga Anwar yg berjawatan dlm parti KEADILAN.

Saya mohon menjawab dgn bertanya kpd rakan2 berkenaan "di manakah anak isteri anda ketika Nurul dan DSWA sibuk menegakkan parti ini? Ada anak dan isteri anda sanggup jadi ketua cabang sewaktu parti masih sebagai pembangkang?

Saya mohon mengatakan... Nurul Izzah menghabiskan masa zaman remajanya berjuang dgn keringat dan airmata...ketika anak2 kita yg sebaya beliau sedang sibuk bermain games, menonton TV, menggayakan fesyen tudung terkini..... Beliau berjuang ketika ayahnya berada paling bawah dlm hiraki pangkat duniawi - "seorang banduan". Bukan semasa ayahnya dipuncak kekuasaan.

DSWA isteri setia yg tabah ketika seluruh jentera Kerajaan diarahkan menyerang si suami tercinta. Ketika itu juga rakan dan teman mula menjauhkan diri. Isteri pegawai Kerajaan yg menjadi teman sebelum ini dah buat tak kenal bila berjumpa. Bimbang pangkat dan pencen suami terjejas. Si peniaga pula bimbang kontrak niaganya gagal.

Tetapi isteri yg seorang ini terus tegak berdiri atas keyakinan suami aku tidak bersalah dan aku ada ALLAH. Tema ucapan yg selalu dia ulang berkali2.

Menjadi pemimpin parti pembangkang di Malaysia bukan dihampar dgn permaidani merah, sebaliknya penuh duri dan anda dimediakan seolah2 pengkhianat tegar negara.

Berjuang dlm parti pembangkang penuh dgn segala mehnah, tetapi isteri yg seorang ini terus gagah melangkah dlm derita terpisah dgn suami yg dipenjara. Ketika para isteri lelaki lain sibuk berpiknik, mengintai pokok bunga dan bermain dgn cucu. Rancangan TV kegemaran hny drama swasta atau paling bagus pun forum perdana. Hal politik bukan dunia mereka.

Itulah anak2 dan isteri kebanyakan kita....

Sang ayah/suami pula paling takut mendekati program parti apatah lagi menjadi ahli dan memegang jawatan dlm parti... Ini soal strategy katanya....

Tetapi apabila parti pembangkang itu bertukar menjadi parti kerajaan... Tiba2 ada suara bertanya , Oh kenapa anak beranak boleh berada dlm banyak posisi di parti ini....?
Mungkin mereka lupa di mana anak2 & isteri mereka semasa anak beranak Anwar ini sibuk berjuang sebelum ini..

Lebih parah lagi mereka lupa di mana diri mereka dlm perjuangan parti ini ketika ianya masih sebagai pembangkang dan sentiasa menjadi bahan serangan pihak Kerajaan.

Saya sangat insaf diri, isteri dan anak2 saya sudah pasti tidak sekental keluarga DSAI.

Tiada sekelumit terasa hati terjadap keluarga ini... Mereka tuai hasil drpd tanaman mereka.
They reap what they sow.

They got what they deserved. Mereka layak berada di situ. Mereka punya merit.
Mereka sudah berada disitu sewaktu ayahnya di dalam penjara bukan semasa ayahnya di puncak kuasa.

Semoga keluarga ini terus tabah berjuang utk Rakyat Malaysia seluruhnya.... Kami bersama anda.

Sirru'ala barakatillah....

Wallahu'alam

Yg insaf diri
Orang Kecil Desa Sg Ramal
1 Dzulhijjah 1439

#COPYPASTE


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait