Jumat, 14 September 2018

Fahami “Rahmatan Lil ‘Alamin” Secara Islam Yang Sebenar


FAHAMI “RAHMATAN LIL ‘ALAMIN” SECARA ISLAM YANG SEBENAR
Oleh: Asyraf Hanif
Kuala Terengganu, 13 Sept – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah ditubuhkan sejak tahun 1951 dan menyertai setiap Pilihan Raya yang diadakan dengan matlamat untuk mengangkat martabat Islam di Malaysia.
Hal ini bertepatan dengan matlamat perjuangan Islam itu sendiri adalah untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia terutamanya umat Islam.
Tuan Guru Dato’ Dr. Mahfudz Mohamad di dalam ucapannya menyebut,asas dan dasar perjuangan Islam adalah dengan membawa kebaikan, rahmat dan keadilan kepada ummat.
“Rahmat yang dibawakan Rasulullah SAW akan terhasil dengan perlaksanaan syariat Islam.” Katanya
“Adalah satu kefahaman yang menyeleweng apabila wujudnya doktrin yang mengkesampingkan perlaksanaan syariat atas alasan mencapai maslahah.” Tegasnya.
Beliau juga menegaskan di dalam ucapannya bahawa di dalam disiplin ilmu Maqasid Syariah, tujuan diturunkan syariat Islam adalah untuk dilaksanakan sepenuhnya syariat untuk memberikan maslahah(kebaikan) kepada manusia.
“Sebab itu kita menempelak mana-mana pihak yang menganggap bahawa perlaksanaan syariat tidaklah penting asalkan maslahah tercapai.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait