Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata seorang individu cedera pada bahagian kepala dalam kekecohan yang berlaku antara 12 hingga 12.30 tengah hari itu dan telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani tadi.
"Kita difahamkan semasa pemilihan ini tadi sistem pengundian dijalankan itu tidak lancar. Sistem pengundian ini tergendala...berjalan terlalu perlahan sehingga menimbulkan keresahan dan berlaku salah faham antara petugas dan ahli yang mengundi ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Adzli berkata sehubungan itu polis turut merampas beberapa batang kayu yang digunakan sebagai senjata dalam kekecohan berkenaan malah kayu itu bukan dibawa dari luar namun terdapat di tempat kejadian ketika itu.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 kerana merusuh.
-- BERNAMA
Appear first on Sudut Malaysia