Rabu, 12 September 2018

Jangan undi Anwar, biar pembangkang menang, kata Siti Kasim


Aktivis liberal Siti Zabedah Kasim menggesa para pengundi Parlimen Port Dickson jangan mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membiarkan pembangkang memenangi pilihan raya kecil itu nanti.
Siti Kasim berkata “PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran” kerana ini kali ketiga mereka mengadakan pilihan raya untuk memberi laluan kepada pemimpin utama PKR itu.
Mereka fikir mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka sehingga menjejaskan kita? Tidak!” katanya di Instagram hari ini.
Beliau berkata demikian selepas memuatnaik kenyataan akhbar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mahu Anwar menyatakan pendirian selepas wakil rakyat Port Dickson meletak jawatan bagi membuka laluan untuknya kembali ke Parlimen.
Zuraida menuduh beberapa pemimpin PKR dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.
Pakatan Harapan dilaporkan mempunyai persefahaman iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Anwar, selepas tempoh masa tertentu.
Anwar merupakan pilihan pertama gabungan itu untuk jawatan perdana menteri.
Siti Kasim ketika dihubungi FMT berkata Dr Mahathir, 93, yang memberi kemenangan kepada PH dan adakah Anwar akan berterusan mencari kerusi untuk ditandingi sekiranya tewas di Port Dickson.
Ini yang berlaku apabila perjuangan berdasarkan individu berbanding rakyat. Bertuankan individu lama-lama jadi Umno, ikut sahaja tak pakai otak,” katanya.
Jika dia tidak boleh jujur dan terbuka terhadap partinya, dia tidak boleh dipercayai rakyat.”
Pada 2008, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar ke Parlimen, selepas tempoh hilang kelayakan 5 tahun luput. Beliau hilang kelayakan bertanding selepas disabit kesalahan rasuah.
Kemudian, pada 2014, Adu Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Namun kes mahkamah menyebabkan beliau diganti Dr Wan Azizah, dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali menjadi menteri besar. - fmt


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait