KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, sebentar tadi, mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Bekas Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata, keputusan terbabit dibuat atas sebab tertentu iaitu demi menjaga kelangsungan dan kepentingan Melayu di Wilayah Persekutuan.
"Secara rasminya, saya nak beritahu bahawa saya ambil keputusan yang berat. Saya umumkan keluar daripada UMNO," katanya berdasarkan laporan sebuah portal berita tempatan, dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - Kosmo
Appear first on Sudut Malaysia