Kamis, 13 September 2018

[KOSONGKAN KERUSI] 'Mungkin lepas ini nak bagi laluan pak saudara pula...



PAS menggesa agar satu akta perlu digubal bagi menghalang mana-mana wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah.

Merujuk kepada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada keperluan untuk diadakan PRK tersebut melainkan pembaziran wang rakyat.

Justeru katanya, PAS mencadangkan supaya diadakan satu peraturan baru supaya wakil rakyat tidak mengosongkan kerusi atas kepentingan tertentu.

"Mungkin lepas ini beri laluan kepada pak saudara, anak saudara pula dan akhirnya jadi caca merba," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-59 di Kuala Terengganu, semalam



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait