Selasa, 18 September 2018

Kurang 24 jam To'Pa keluar, Anifah Aman pula KELUAR UMNO


Mantan Menteri Luar, Anifah Aman keluar UMNO, kurang 24 jam selepas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Mustapa Mohamed mengumumkan keluar UMNO semalam.

Berdasarkan sumber yang dipercayai, Anifah telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada Ahli Parlimen Kimanis itu telah menyertai parti lain atau tidak.

Sebelum ini, Anifah bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tidak keluar membantah di Dewan Rakyat ketika semua Ahli Parlimen Pembangkang membuat protes keluar dewan selepas Mohamad Ariff Md Yusof angkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Dewan Rakyat.

Sumber: FMT


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait