SELEPAS KERUSI UMNO MENYUSUT, MOVE DSAI AKAN BERTEMBUNG MOVE TUN M
Sedang Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sibuk nak bertanding di Port Dickson, sepatutnya kempen Port Dickson paling panas. Mengapa? Port Dickson akan menunjukkan laluan kepada dua perkara:
1. DSAI bakal menjadi PM ke 8
2. Tun Mahathir Muhamed bakal mengakhiri tempoh kepimpinan pada masa terdekat.
Pertandingan kerusi parlimen Port Dickson akan menunjukkan “Move DSAI” untuk menjadikan DSAI sebagai perdana menteri. Namun, adakah Move DSAI ini akan menjadi realiti tanpa halangan?
Jom kita check senarai halangan Move DSAI:
1. Halangan dalam PKR iaitu halangan grup Azmin dan Zuraida. Grup ni tak mampu menjadi halangan kepada Move DSAI kerana DSAI adalah presiden parti. Tak cukup membuat hadangan dan tak terhalang pun Move DSAI.
2. Halangan DAP? DAP belum boleh menjadi halangan sebab sifat DAP menanti peluang dan mencari untung. Mungkin DAP akan membuat halangan tetapi bukan masanya.
3. PAS dan UMNO? Masih belum cukup kuat kerana pembangkang tiada kuasa merempuh kuasa kerajaan baru.
4. Satu-satunya halangan adalah dari Perdana Menteri Tun Mahathir. Kita namakan halangan ini sebagai Move TunM.
Semua orang tengah menantikan Move TunM, sebab kalau TunM tak mula bertindak dan sengaja memberi laluan, hasrat DSAI menjadi perdana menteri akan tercapai. Oleh demikian, jangkaan awal, Move TunM akan bergerak dari Port Dickson untuk menafikan kemenangan DSAI.
Tapi, PRK Port Dickson lambat lagi. Nak dapat keputusan menang kalah, kena tunggu hari membuang undi. Pada hemat saya, Move TunM tak selambat ini kerana Move DSAI dah bermula.
Sedang memerhati Move DSAI dan menunggu Move TunM, timbul berita UMNO sedang bergolak. Tiba-tiba pada hari ini, kerusi parlimen UMNO berkurangan satu, dari 51 menjadi 50.
Ia adalah berita mengejutkan otai seperti Dato’ Mustafa Muhamad meninggalkan UMNO. Kesannya, KJ pun bising. Timbul pulak isu, adakah KJ pun akan meninggalkan UMNO? Persoalan seterusnya, siapa lagi akan tinggalkan UMNO?
Kerusi UMNO akan bakal menyusut. Ada tangan belakang sedang buat Move. Move sebegini boleh dibaca. Orang besar dalam negara jer boleh buat begini. Inilah sebenarnya Move TunM. Kerusi UMNO akan menyusut dan bergerak rapat menyokong TunM.
Inilah Move TunM. Sekarang, jom kita check kesan Move TunM:
1. UMNO akan berpecah kepada dua. Satu setia kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi. Dan satu lagi, akan ikut rentak opportunist yang bersedia bantu TunM.
2. PKR akan pecah dua. Satu grup Rafizi yang akan follow Move DSAI dan satu lagi grup Azmin yang akan follow Move TunM.
3. PAS pun ada kemungkinan pecah dua. Satu kumpulan akan kekal taat kepada parti. Dan satu kumpulan yang mempunyai masalah integriti akan menunjukkan sikap opportunist memihak TunM. Hujah grup ni yang bakal keluar: Kita kena bersama TunM kerana DSAI lebih bahaya.
4. DAP pulak akan memilih pihak yang ada move yang besar. Mereka tak akan tetap bersama mana-mana move. Asalkan move tu dapat menguntungkan DAP.
5. Ada kemungkinan PAN akan menyokong Move DSAI. Tapi bergantung juga, Move TunM pandai gertak. Kena gertak, ada kerusi akan memihak kepada TunM.
Bila baca kesan Move TunM ni, nampak Move TunM bakal menang. Tapi, belum boleh bersorak sebab Move DSAI adalah kamikaze. Move DSAI akan menggunakan semangat reformasi. Sanggup merempuh.
Buat masa ini, kita tengok dulu Move DSAI macam mana. Belum jelas lagi Move DSAI yang mungkin akan memancing UMNO, PAS dan parti-parti dalam PH.
Pertembungan antara Move DSAI dan Move TunM bakal menghangatkan tanah air. Perang antara dua general perang tersohor di Malaysia. Pasti akan hangat. Siapa yang tersungkur? Masa akan menentukan.
Dr. Muhamad Attiullah
18 September 2018
18 September 2018
Appear first on Sudut Malaysia