Jumat, 14 September 2018

Penjawat Awam Dah lama Faham, Orang Parti TAK FAHAM2



Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi menyifatkan penjawat awam yang membantu mana-mana parti politik sebagai tindakan yang tidak betul.

Zaki berkata, seseorang penjawat awam tidak boleh bertindak seperti seorang ahli politik atau penyokong sesebuah parti politik kerana ia hanya akan menimbulkan satu keadaan yang tidak betul di dalam organisasi kerajaan.

Dalam masa yang sama, Zaki menyeru penjawat awam menukar pemikiran supaya menerima kerajaan yang baru dan mengikut dasar-dasar pentadbiran yang baru.

Zaki yang ditemui pemberita selepas Seminar Pengasingan Kuasa:Dimana Garisan Neutraliti Penjawat Awam, di Institut Tadbiran Negara hari ini berkata penjawat awam mesti faham antara kerajaan dan parti yang mentadbir kerajaan.

"Sokong kerajaan tetapi bukan parti yang menyokong kerajaan," katanya lagi.



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait