Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap hari ini, 2 jam selepas dia dipanggil untuk disoalsiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterima pada 2013.
Jurucakap SPRM ketika dihubungi FMT berkata bekas pemimpin itu akan dibawa ke Bukit Aman dimana dia disoal polis dan badan anti-rasuah itu.
Menurut SPRM, Najib akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta, Kuala Lumpur. - FMT
Appear first on Sudut Malaysia