Kamis, 20 September 2018

Tok Pa kelihatan murung sejak kebelakangan ini


PASIR PUTEH: "Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) kelihatan murung sejak kebelakangan ini,” kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman.
Itu reaksi beliau ketika ditanya mengenai tindakan Mustapa yang meninggalkan parti berkenaan semalam.
Jadi, saya yakin wujud tekanan dan masalah tertentu menyebabkan beliau membuat keputusan drastik sehingga mengubah pendirian menolak perjuangan UMNO,” katanya.
Sehubungan itu, Zawawi berkata, UMNO Kelantan menafikan kerjasama dengan PAS menyebabkan Mustapa isytihar keluar daripada parti itu.
Beliau berkata, sehingga saat akhir, Mustapa menasihatkan ahli UMNO termasuk dirinya untuk menerima hakikat bahawa berlaku kerjasama parti itu dengan PAS, demi masa depan Melayu dan Islam.
Justeru, katanya, tidak mungkin isu kerjasama UMNO dengan PAS menjadi penyebab, malahan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu adalah tokoh yang memulakan kerjasama itu selepas berlaku banjir besar pada tahun 2014.
"Dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan minggu lalu, Tok Pa menasihatkan ahli termasuk saya untuk menerima kerjasama dengan PAS walaupun berbeza fahaman politik sejak sekian lama.
"Ini bermakna bukan isu kerjasama kerana Tok Pa sendiri menasihati saya untuk menerima perkara terbabit walaupun saya antara yang tidak boleh bersama dengan PAS dan PAS juga tidak mesra dengan saya," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. - BH


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait