Minggu, 14 Oktober 2018

Acara gay di Muzium Negara? Tahniah Mujahit


Krist dan Singto pasangan pelakon pro-LGBT di Thailand mahu bertemu peminat di Malaysia


5 Safar 1440HAhad – Belum reda isu pesta arak ‘Oktoberfest 2018’, kini muncul lagi satu ‘ujian’ apabila pelakon utama drama Thailand SOTUS: The Series, yang bertemakan hubungan homoseksual akan menemui peminat mereka di negara ini.
Menerusi poster yang tersebar, program ‘Kissing Krist & Singto’ itu dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober ini, di Auditorium Muzium Negara.
Laman Instagram, Maher Seni Sdn Bhd memaklumkan, kedua-dua pelakon itu akan menemui peminat mereka di Malaysia buat pertama kali sejak drama tersebut muncul di kaca televisyen negara jiran pada tahun 2016.
Kedua-dua watak utama lelaki drama itu Prachaya Ruangroj atau Singto dan Perawat Sangpotirat atau Krist adalah pasangan pro-Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dari Thailand.
Singto memainkan watak Kongpob Suthiluck, seorang junior yang tidak mahu dibuli.
Manakala, Krist pula memainkan watak Arthit Rojnapat, seorang senior yang dominon di sekolah.
Bagaimanapun, hubungan antara mereka yang tegang awalnya, lalu bertukar kepada hubungan romantik.
Kesal dengan penganjuran program itu, netizen turut memberikan reaksi dengan mengecam dan menggesa kerajaan membatalkannya serta-merta.
Malah, Pencetus Ummah (PU) Syed Syed Mohd Bakri alYahya turut mendesak pihak berkuasa dan berautoriti membatalkan penganjuran program berkenaan, walaupun diadakan secara tertutup.
“Kami bantah sekeras-kerasnya kehadiran pelakon drama popular el gi bi ti Thailand (Krist dan Singto) daripada hadir ke bumi Malaysia dalam program yang dianjurkan oleh Maherseni Sdn Bhd pada 20 Oktober ini. Jangan jemput bala ke Malaysia ini,” tulisnya di laman Facebook.
Sementara itu, Zaki Sapuan juga meminta agar kerajaan Malaysia baharu tidak membiarkan program ini diteruskan.
“Malaysia Baru, jangan biarkan bala malapetaka dijemput ke Malaysia. Jangan bermain api dengan kemurkaan Tuhan. Buruk padahnya.
“Jika Tuhan boleh menterbalikkan bumi kaum Luth gara-gara berbangga dengan kegiatan homoseksual yang menjijikkan, tidak mustahil ia boleh berlaku juga di Tanah Melayu ini,” katanya - ismaweb


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait