Minggu, 21 Oktober 2018

'Bukan Tun M tapi menteri yang patut letak jawatan'

Tun Mahathir kata “Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet... saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung."

Persatuan teksi menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan semasa sesi dialong bersama persatuan teksi di Langkawi hari ini bukan merujuk kepada dirinya sendiri sebaliknya teguran kepada menterinya.

Presiden Persatuan Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah berkata, kenyataan letak jawatan itu adalah teguran Tun M kepada menteri bertanggungjawab terhadap isu ini.

Tun M cakap berlapik, dia sebenarnya suruh menteri yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini, Anthony Loke Siew Fook yang letak jawatan.

"Dia (Tun M) suruh menteri itu yang tak jalankan tugas tu yang letak jawatan, bukannya Tun M yang nak letak jawatan," katanya ketika kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun M yang mahu meletak jawatan ketika sesi dialognya bersama pemandu teksi di Langkawi semalam selepas berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemandu teksi melemparkan kata-kata kesat dan membuat bising serta keluar dewan.

Aslah berkata, sebelum ini Mahathir telah meminta agar dikaji semula operasi Grab di negara ini namun sehingga kini kementerian berkaitan dilihat gagal menyelesaikan isu berkenaan. - SH



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait