Senin, 15 Oktober 2018

Hutang Negara: BN & Penarafan Dunia:RM688b, LGE:RM1trilion, Mat Sabu:LEBIH Rm1trilion diSembunyi Takut M'Sia MUFLIS

Hutang Negara.

Kerajaan BN kata RM688 bilion.

Ketiga-tiga agensi penarafan antarabangsa dan Bank Dunia kata RM688 bilion.

Lim Guan Eng kata RM1 trilion.

Kini, Mat Sabu kata nilai sebenar hutang negara adalah jauh lebih besar daripada RM1 trilion yang dinyatakan Lim Guan Eng tetapi terpaksa di­sembunyikan supaya Malaysia tidak menjadi muflis.

Siapa yang kita mahu percaya?

Mat Sabu membuat kenyataan mengejut ini ketika berucap di dalam seminar di Universiti Malaya dua hari dahulu.

Adakah Mat Sabu dakwa Lim Guan Eng ialah seorang penipu? 

Ataupun maksud Mat Sabu ialah nilai hutang negara boleh ditukar-tukar sesuka hati oleh kerajaan PH?

Secara am, Mat Sabu kena tahu bahawa pelabur-pelabur asing tidak minat untuk melabur di negara yang sudah muflis tetapi disembunyikan ataupun minat kepada kerajaan yang suka menyembunyikan keadaan sebenar keadaan ekonomi negara.

Mat Sabu juga kena tahu bahawa dia kini bukan lagi ahli pembangkang yang boleh mengeluarkan apa-apa tomahan sesuka-hati seperti dahulu.

Dia sudah berpangkat Menteri dan itupun bukan calang-calang Menteri tetapi Menteri Pertahanan Negara - satu jawatan yang amat penting dan disanjung tinggi.

Oleh itu, Mat Sabu perlu lebih bertanggung-jawab dengan kenyataannya kerana mungkin memberi kesan negatif kepada negara.


-Najib Razak


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait