Selasa, 23 Oktober 2018

[LGE & ISU BAYAR GAJI] Nak Kata Tak Cerdik dah jadi Menteri KEWANGAN pun


"Sabah dan Sarawak tak pernah minta peruntukan daripada persekutuan untuk bayar gaji, tak seperti sesetengah negeri yang ada hitam dan putih permintaannya "- Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng
.
Tuan Menteri yang dihormati, Sabah dan Sarawak dapat pemberian Persekutuan lebih daripada RM1 Bilion setiap tahun. 

Kalau lupa meh nak ingatkan, berdasarkan lampiran terbaru dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2018, Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016,

Sabah dapat RM1,086,260,027.00.


Sarawak dapat RM1,159,277,479.00.


Kelantan dapat berapa pula?

Kelantan dapat RM397,989,333.00.

Maka boleh banding sendirilah.

Dan jangan lupa juga yang kedua-dua negeri SABAH SARAWAK juga dapat royalti petroleum setiap tahun tanpa gagal. 

Nak bagitahu, tahun 2017 kutipan royalti petroleum Sabah adalah kira kira RM1,246.4 juta sementara Sarawak pula sekitar RM1,577 juta. 

Kelantan '10 sen' pun tak dapat YB.

Sekian.
.
.
Rujukan:
Musa Aman bentang bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut turut https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/11/17/musa-aman-bentang-bajet-lebihan-sabah-4-tahun-berturut-turut-2/

Bajet Sarawak 2018: RM8.2 bilion diperuntukkan
https://www.utusanborneo.com.my/2017/11/08/bajet-sarawak-2018-rm82-bilion-diperuntukkan

Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Tahun 2016
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/maklumat_bajet_kerajaan/2018/LAMPIRAN%20E.pdf


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait